Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Hyundai Motor Malaysia (HMY) menawarkan promosi hebat dan hadiah eksklusif bermula dari 1 Julai hingga 30 September sempena meraikan ulang tahun pertamanya di pasaran Malaysia.
Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee berkata, ulang tahun pertama Hyundai Motor Malaysia menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Hyundai di Asia Tenggara.
"Kami komited untuk mencipta pengalaman yang menyumbang ke arah kemajuan bagi kemanusiaan melalui kenderaan dan perkhidmatan inovatif kami. Kami berharap dapat membawakan penyelesaian mobiliti yang inovatif, pengalaman pelanggan yang luar biasa dan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen menyifatkan ulang tahun pertama ini bukan sekadar satu pencapaian bagi Hyundai Motor Malaysia.
"Setiap kenderaan yang dibeli, setiap kunjungan ke bilik pameran dan setiap kata-kata semangat telah membantu mencorakkan tahun pertama kami di Malaysia. Kempen ulang tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka," katanya.


Rebat, Servis Percuma & Subsidi Bahan Api: 1 Julai – 30 September 2026
Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli model SANTA FE, STARIA, dan TUCSON terpilih boleh memilih antara:
Pakej Ganjaran Pemanduan Menyeluruh (Total Drive Reward Package)*:
Rebat tunai sehingga 16% daripada harga runcit kenderaan yang disyorkan
8x servis percuma berjadual merangkumi kos upah dan alat ganti
Subsidi bahan api sehingga RM5,000 untuk model Hyundai terpilih
Atau Pakej Penjimatan (Instant Saving Package)*:
Rebat tunai segera sehingga RM36,000 daripada harga runcit kenderaan yang disyorkan
Durian Runtuh Berganda-ganda!: Menangi sebuah Hyundai STARGAZER baharu

Selain itu, HMY turut memperkenalkan kempen ganjaran "Durian Runtuh Berganda-ganda!", di mana pelanggan yang menempah atau mendaftarkan mana-mana model Hyundai baharu sepanjang tempoh kempen akan berpeluang memenangi cabutan hadiah utama iaitu sebuah Hyundai STARGAZER baharu.
Bukan itu sahaja, sesi pandu uji, penempahan, dan pendaftaran juga akan memberikan pelanggan penyertaan ke dalam Kempen Pemenang 'Lucky 7' Bulanan di mana cabutan hadiah tunai keseluruhan bernilai RM10,000 dalam bentuk kredit eDompet Touch ‘n Go sedia untuk dimenangi.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web Hyundai.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge