ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi segelintir pemandu, tiada apa yang lebih menenangkan selain dapat menanggalkan kasut sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Katanya, lebih "feel" dan seakan ada magis tersendiri apabila tapak kaki menyentuh terus pedal minyak dan brek.

Namun, dalam keseronokan memandu berkaki ayam itu, terselit juga rasa was-was di sudut hati: “Eh, betul ke kalau abang JPJ nampak, aku boleh kena saman?”

Ini adalah fakta sebenar supaya perjalanan balik kampung atau ke tempat kerja anda lepas ini lebih tenang tanpa overload tekaan.

image.png

Fakta Sebenar: Siapa Yang Boleh Kena Saman?

image.png


Dakwaan bahawa semua pemandu boleh dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika memandu tanpa memakai kasut adalah TIDAK BENAR. Jangan panik dahulu. Peraturan ini sebenarnya mempunyai spesifikasi yang jelas:

  • Pemandu Kenderaan Komersial (WAJIB Pakai Kasut): Saman hanya akan dikenakan kepada pemandu kenderaan komersial seperti bas, lori, teksi, dan perkhidmatan e-hailing. Golongan ini tertakluk di bawah kod etika pemandu profesional demi keselamatan penumpang dan barang muatan.
  • Pemandu Kereta Biasa / Persendirian (TIDAK Dikenakan Saman): Peraturan tersebut tidak terpakai kepada anda yang memandu kereta sendiri untuk urusan harian. Jadi, jika anda memandu kereta persendirian tanpa kasut, anda tidak menyalahi undang-undang jalan raya.

Selesa Memang Selesa, Tapi Bagaimana Pula Dengan Keselamatan?

Walaupun undang-undang memberi kelonggaran kepada pemandu kenderaan persendirian, aspek keselamatan jalan raya tetap perlu diletakkan di tempat pertama.

Satu Pesanan Ikhlas: Selesa tidak semestinya selamat.

image.png


Bagi memastikan anda mempunyai kawalan yang optimum, para pakar keselamatan jalan raya amat menyarankan agar kita tetap memakai kasut yang sesuai ketika memandu. Kenapa?

  • Cengkaman yang Lebih Baik: Kasut yang mempunyai tapak getah yang baik memberikan cengkaman yang lebih kemas pada pedal minyak, brek, dan klac (untuk kereta manual).
  • Risiko Kaki Tergelincir: Kulit tapak kaki manusia mudah berpeluh. Dalam situasi kecemasan di mana anda perlu menekan brek secara mengejut, tapak kaki yang basah atau berpeluh berisiko tinggi untuk tergelincir daripada pedal
  • Mengelakkan Kecederaan: Sekiranya berlaku kemalangan, memakai kasut dapat melindungi kaki anda daripada serpihan kaca atau besi tajam di bahagian bawah dashboard.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4732

SELANGOR

BSV2902

JOHOR

JH7581J

PULAU PINANG

PSH5408

PERAK

APN2093

PAHANG

CFJ4632

KEDAH

KGJ9082

NEGERI SEMBILAN

NEM6554

KOTA KINABALU

SJV2938

KUCHING

QAB693Q

Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Gaya Hidup

Selangor Juara Keseluruhan Badminton KPM-Perodua

Selangor Juara Keseluruhan BTDP, Lahir Bakat Muda Badminton Negara.

13-11-2026
Gaya Hidup

Lalu Tapah Cuti Panjang Tapi Jalan 'Clear'? Cuma Satu Tempat Ni Je Buat Hal

Percutian Cameron Highlands: Lancar, Kecuali Kea Farm.

10-11-2026
Gaya Hidup

Peminat Tegar Dari UK Kumpul 34 Kereta Proton Rare

Protonholic bukan dari Malaysia tapi UK.

27-10-2026
Gaya Hidup

Shell V-Power Tunaikan Hasrat Peminat F1

Shell V-Power membawa peminat sukan permotoran Malaysia mendekati pasukan Scuderia Ferrari HP.

22-10-2026
Gaya Hidup

Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.

06-10-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.