ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

Image-(16).jpg

Jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia, Perodua, terus mengukuhkan cengkamannya di peringkat antarabangsa apabila rasmi mengeksport model terbaharunya, Perodua Traz, bersama MPV terlaris, Perodua Alza, ke Sri Lanka, baru-baru ini

Langkah strategik ini sekali gus membuktikan populariti dan kualiti kenderaan keluaran Perodua yang semakin mendapat tempat di hati pengguna luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata Sri Lanka kekal menjadi satu daripada pasaran eksport terbesar Perodua, dengan jualan lebih 20,000 unit sejak tahun 1997.

Menurutnya,  Perodua kini mengeksport model siap dipasang sepenuhnya (Completely Build-Up) ke enam negara iaitu Brunei, Fiji, Mauritius, Bangladesh, Papua New Guinea serta Sri Lanka.

“Kami juga merancang untuk mengeksport kenderaan Pre-Owned Vehicles kami dan setakat ini, kami telah mengembangkan pasaran termasuklah ke Timor Leste tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Semalam CariCarz.com melaporkan harga pengenalan khas Perodua Traz ditawarkan  kepada 50 pelanggan terawal  yang mana ia cuma berharga Rs. 19,950,000 (dengan aksesori tambahan) (RM243,090) dan Rs. 19,200,000 (tanpa aksesori tambahan) (RM233,957.23), manakala untuk Perodua Alza, ia dijual pada harga Rs. 19,950,000 (RM243,090). Kesemua harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan United Motors Lanka PLC,  Chanaka Yatawara berkata sejak sekatan import kenderaan dibatalkan pada 2025, syarikat berkenaan telah menjual hampir 3,000 unit kenderaan dan ia mencerminkan kepercayaan kuat pelanggan di Sri Lanka terhadap jenama Perodua.

“Dengan keupayaan pengeluaran Perodua yang telah terbukti serta rangkaian jualan serta servis Kumpulan United Motors, kami yakin Traz dan Alza akan terus meraih kepercayaan di kalangan keluarga serta pemilik perniagaan di Sri Lanka,” katanya.

Sebagai makluman, Perodua Traz dilancarkan pada December 2025 dan direka untuk menjadi kenderaan mesra pengguna Perodua dengan slogan ‘Engineered Simplicity’, dan ia direka dengan mengambil kira keperluan pemandu di Malaysia.

Perodua Alza pula  dilancarkan pada 2022 dan telah mencatat jumlah pendaftaran sebanyak 19,504 unit antara Januari hingga Jun tahun ini, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6710

SELANGOR

BST6147

JOHOR

JE690J

PULAU PINANG

PSF4736

PERAK

APL4145

PAHANG

CFH7023

KEDAH

KGJ204

NEGERI SEMBILAN

NEL7938

KOTA KINABALU

SJU467

KUCHING

QAB5461P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?

Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.

11-09-2026
Berita Auto

Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.

11-09-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Berita Auto

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.

11-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Minyak Sekarang?

Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.

11-09-2026
Berita Auto

Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark

Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.