Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Segmen MPV kompak tempatan kini berdepan detik mendebarkan apabila Hyundai Motor Malaysia mendedahkan varian paling tinggi, Hyundai Stargazer iaitu Stargazer X versi pemasangan import (CBU), kepada pihak media di Petaling Jaya, petang tadi.
Dijangka mendarat di pasaran selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini, model bergaya crossover ini serta-merta mencetuskan tanda tanya?

Adakah ia mampu menewaskan dua "raja" pasaran semasa iaitu Mitsubishi Xpander dan Toyota Veloz?


Jika dilihat pada angka di atas kertas, pertarungan tiga penjuru ini memang sengit. Mari kita teliti perbandingan harga, spesifikasi, dan kelebihan sebenar model-model ini.
1. Perbandingan Harga & Spesifikasi
- Toyota Veloz (Anggaran RM95,000): Menjadi pilihan paling mampu milik dalam kelompok ini, dijana enjin 1.5L Dual VVT-i (105 hp / 138 Nm).
- Hyundai Stargazer (Anggaran RM99,000): Menawarkan enjin Smartstream 1.5L MPI (115 PS / 143 Nm) dengan transmisi IVT.
- Mitsubishi Xpander (RM99,980 hingga RM109,640): Dikuasakan enjin 1.5L MIVEC (104 hp / 141 Nm) dengan transmisi 4AT.
Dari segi tanda harga, Stargazer sememangnya sedikit lebih mahal berbanding Toyota Veloz, tetapi berada pada anggaran harga yang hampir sama dengan varian standard Mitsubishi Xpander.
2. Senjata Rahsia Stargazer: Kuasa, Saiz, dan Ruang
Walaupun ada yang berpendapat tanda harganya sedikit premium, Stargazer hadir dengan kelebihan teknikal yang sukar ditepis jika diukur dari aspek kemampuan pemanduan:
Paling Berkuasa: Dengan hamburan 115 PS dan tork 143.8 Nm, enjin Smartstream Hyundai jelas mendahului Xpander dan Veloz (masing-masing pada takat 105 PS). Pemanduan di lebuh raya atau ketika muatan penuh sudah tentu lebih bertenaga.
Dimensi Paling 'King': Varian Stargazer X tampil jauh lebih besar dengan panjang 4,610 mm dan lebar 1,820 mm (berbanding Xpander dan Veloz yang sekadar sekitar 4,475 mm panjang dan 1,750 mm lebar).
Jarak Roda Terpanjang: Dengan jarak roda wheelbase 2,780 mm (sedikit berbanding 2,775 mm pada Xpander dan 2,750 mm pada Veloz), ruang kabin serta kelegaan kaki sudah pasti lebih selesa untuk penumpang barisan ketiga.
Penjimatan Bahan Api: Gandingan enjin moden bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) turut menjanjikan kecekapan minyak yang cemerlang untuk kegunaan harian keluarga.
Kesimpulan: Adakah Stargazer Mampu Menang?
Ya, peluang itu tetap ada dan sangat cerah tetapi dengan syarat tertentu.
Meskipun harganya sedikit tinggi berbanding Veloz, kelebihan mutlak pada aspek kuasa enjin yang lebih tinggi, dimensi badan yang jauh lebih besar dan lebar, ruang dalaman paling panjang, serta reka bentuk gaya crossover yang gagah memberikan nilai pulangan yang setimpal buat pembeli.
Jika Hyundai bijak menetapkan strategi harga akhir berserta pakej keselamatan moden yang kompetitif ketika pelancaran rasminya nanti, bukan sahaja Xpander dan Veloz boleh 'goyang', malah Stargazer berpotensi merampas takhta MPV pilihan utama keluarga di Malaysia!
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu Kini Dibuka, Lebih Baik Dari Avanza?
Tempahan Toyota Veloz sudah dibuka.
24-06-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

