Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Sebuah Zeekr 7X secara tiba-tiba terbakar di sebuah stesen pengecasan yang terletak di Ningbo, China, baru-baru ini namun mujur kejadian itu tidak meragut nyawa sesiapa, lapor CarNewsChina.
Menurut lapaoran berita automotif itu, crossover itu terbakar ketika kereta itu diletakkan di sebelah stesen pengecasan.
Rakaman video menunjukkan kenderaan itu tidak disambungkan kepada pengecas ketika kejadian. Untuk itu, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, rakaman yang sama itu menunjukkan kenderaan itu tiba-tiba terbakar berikutan bunyi seperti letupan. Ia kemudian mula mengeluarkan asap dengan bunyi letupan kecil yang berulang kali manakala percikan api dan nyalaan kelihatan dari bahagian bawah kenderaan.
Model 7X itu tidak musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.
Susulan itu, Zeekr mendedahkan bahawa SUV 7X ini pernah terlibat dalam kemalangan serius dan tidak pernah diperiksa atau dibaiki oleh mana-mana pusat servis rasmi. Apapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Pegawai Zeekr mengeluarkan peringatan bahawa bateri kuasa, sistem voltan tinggi, and struktur badan kenderaan memerlukan pemeriksaan dan penilaian selepas berlakunya kemalangan.
Dalam pada itu, pihak syarikat tidak menafikan sebenarnya terdapat risiko bahaya keselamatan jika kenderaan tidak menjalani pemeriksaan dan pembaikan yang betul.
Sehubungan itu, Zeekr menasihatkan agar rekod kemalangan dan pembaikan disemak apabila membeli kereta elektrik terpakai,.
Antara perkara paling penting adalah memeriksa bateri kuasa dan pusat voltan tinggi bagi memastikan keselamatan.
Zeekr amat mementingkan reputasinya, kerana sebelum ini mereka memasarkan kenderaan mereka sebagai bebas daripada sebarang kebakaran spontan tanpa punca luaran.
Kali terakhir syarikat itu menyebut perkara tersebut adalah pada Mei 2024, dengan menyatakan bahawa penghantaran kumulatifnya telah mencapai 240,000 unit.
Dalam tempoh dua tahun berikutnya, tiada lagi dakwaan sedemikian dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Zeekr masih mengekalkan reputasi sebagai jenama yang "kalis api".
Zeekr 7X ialah sebuah kereta global yang dijual di pelbagai negara, termasuk Eropah, Asia Tengah, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan banyak lagi.
Ia meraih penarafan keselamatan 5 bintang Euro NCAP pada tahun 2025, dengan catatan skor 91% untuk perlindungan dewasa and 90% untuk perlindungan kanak-kanak.


Versi pasaran China bagi Zeekr 7X mempunyai dimensi 4825/1930/1666 mm dengan jarak roda 2,925 mm.
Ia mempunyai dua varian rangkaian kuasa: Penggerak Roda Belakang (RWD) dengan 370 kW (496 hp) dan Penggerak Semua Roda (AWD) dengan 585 kW (784 hp).
Ia ditawarkan dengan dua pilihan bateri iaitu 75 kWh (LFP) dan 103 kWh (ternari NMC). Jarak pemanduan adalah di antara 620 dan 802 km di bawah kitaran CLTC.

Model 7X berharga 229,800 – 269,800 yuan (USD$34,060 – USD$39,985 ) di China. Menurut China EV DataTracker, Zeekr telah menghantar 28,025 unit model 7X di pasaran domestik pada separuh pertama 2026, merosot sebanyak 4.4% berbanding tahun sebelumnya (YoY).


Varian global bagi Zeekr 7X menawarkan dimensi 4787/1930/1650 mm dengan jarak roda 2,900 mm.
Model asas (entry-level) dilengkapi motor elektrik tunggal pada gandar belakang dengan kuasa 310 kW (416 hp) serta bateri LFP 75 kWh untuk jarak WLTP sejauh 480 km.
Terdapat juga model jarak jauh (long-range) dengan motor elektrik yang sama serta pek bateri ternari NMC 100 kWh untuk jarak WLTP 615 km.
Varian tertinggi 7X pula menggunakan bateri 100 kWh dan dua motor elektrik dengan gabungan output kuasa puncak sebanyak 475 kW (637 hp).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat