Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Pada minggu lepas, Proton Holdings Bhd (PROTON)mengadakan pratonton eksklusif media untuk model Proton S70 RS Sport yang membuatkan orang ramai teruja untuk mengetahui harga sebenarnya.
Bagaimanapun, harganya masih belum didedahkan namun apa yang pasti Proton S70 RS yang ditunjukkan kepada media ini tampil jauh lebih garang dan sporty disebabkan reka bentuk, kabin, prestasi, keselamatan serta teknologi sambungan digital yang ditambah baik.

Difahamkan penambahbaikan bernilai RM15,000 ini menyaksikan Proton S70 RS menerima pendekatan reka bentuk yang jauh lebih dinamik. Gril hadapan dan bampar baharu kini menyerlahkan lagi karakter agresif sedan segmen C ini.


Antara perubahan paling ketara pada bahagian luar termasuklah rim aloi gelap 17 inci, angkup brek merah, serta bumbung hitam Quartz yang dipadankan bersama pemegang pintu dan cermin sisi sedondon.
Rekaan Luaran Agresif & Moden
Penampilan fizikal jentera ini diperkemas lagi dengan kehadiran spoiler belakang serta skirt sisi eksklusif yang memperkukuh imej sebuah sedan berprestasi.


Bahagian belakang kenderaan turut menerima bampar baharu. Ia dilengkapi penyebar udara berwarna kelabu gelap serta kemasan empat muncung ekzos, manakala jalur lampu LED melengkapkan reka bentuk futuristiknya.
Kemasan Kabin & Teknologi Kokpit Terkini
Melangkah ke ruang kabin, Proton S70 RS menampilkan kemasan dua tona yang diserikan dengan jahitan merah sporty, tali pinggang keledar merah, serta sistem pencahayaan ambien 256 warna.


Ruang kokpit kini lebih sofistikated berkat kehadiran konsol tengah baharu berkonsep terapung. Ia turut dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar serta ruang penyimpanan bercahaya berkapasiti 10 liter.

Susun atur kawalan fizikal penyaman udara telah direka semula bagi memudahkan capaian pemandu. Perubahan paling revolusioner ialah penggunaan penukar gear pada tiang stereng (paddle shifter) tanpa tuil konvensional.
Sistem Infotainmen & Sambungan Digital Pintar
Sistem infotainmen dinaik taraf kepada skrin sentuh 14.6 inci dengan antara muka baharu yang menyokong Apple CarPlay. Fungsi Android Auto pula dijadualkan mula tersedia menjelang Januari 2027.


Bagi hiburan dan utiliti, aplikasi terbina merangkumi TikTok, navigasi, Spotify, JOOX, dan ramalan cuaca. Arahan suara 'Hi PROTON' kini pintar menyokong Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengawal pelbagai fungsi kenderaan.

Teknologi Proton Link 2.0 dengan integrasi Huawei Watch turut disertakan. Pengguna kini boleh memanaskan enjin, melaras penyaman udara, atau mengunci pintu dari jarak jauh menggunakan jam tangan pintar.
Prestasi Enjin & Kecekapan Bahan Api
Dari aspek prestasi, Proton S70 RS digerakkan oleh enjin i-GT 1.5TD yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (DCT).

Jentera ini mampu memecut dari sifar hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa hanya 7.5 saat – iaitu 2.1 saat lebih pantas berbanding model standard.
Tahap penggunaan bahan api kekal cekap pada kadar 5.7 liter bagi setiap 100 kilometer, mencatatkan peningkatan kecekapan sebanyak 8.1 peratus.
Aspek NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran) turut dikurangkan sebanyak empat peratus, disokong oleh rantai pemasaan bergigi yang 25 peratus lebih senyap.
Pemanduan boleh disesuaikan melalui empat mod berbeza iaitu Adaptive, Eco, Sport, dan Comfort, di samping tiga pilihan mod stereng kuasa elektrik (EPS).
Ciri Keselamatan ADAS Tahap 2
Aspek perlindungan pemandu diperkukuh menerusi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Tahap 2 yang menawarkan 15 fungsi keselamatan penting.
Antara fungsi utamanya ialah brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, amaran keluar lorong, serta pengesanan titik buta.
Model ini turut dimuatkan dengan enam beg udara SRS, kamera 540 darjah definisi tinggi, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), dan struktur badan yang menyerap tenaga menggunakan lebih 60 peratus keluli berkekuatan tinggi.
Ia didatangkan dengan lima pilihan warna:

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Proton S70: Ingatkan Sedan Murah Biasa-Biasa, Sekali Mak-Mak Pun Jatuh Hati
Sedan Besar, Harga Bawah RM60,000! Ini Pengalaman Sebenar Pandu Uji Proton S70 Rahmah
14-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
