ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jetour di bawah naungan Chery secara rasmi melancarkan Jetour TX EV, model SUV elektrik sepenuhnya berbadan kotak (boxy) yang kini mula dijual di China.

Ditawarkan dalam lima varian pada harga bermula 89,900 yuan (sekitar RM55,509), model ini menyasarkan peminat aktiviti luar dengan jarak pemanduan sehingga 550 km.

Reka Bentuk Lasak dan Dimensi Jetour TX EV

image.png

SUV elektrik baharu ini tampil dengan bahasa rekaan “Square-Circle Symbiosis” yang menggabungkan siluet berkotak bersama lampu hadapan bulat. Bahagian hadapannya turut dihiasi jalur kemasan hitam ikonik serta ruang simpanan hadapan (frunk) berkapasiti 150 liter.

image.png

Dari segi ukuran, ia mempunyai panjang 4,475 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 1,700 mm dan jarak roda 2,735 mm. Saiz ini meletakkan Jetour TX EV dalam segmen SUV kompak yang hadir dengan enam pilihan warna luaran.

Untuk kegunaan off-road ringan, model ini dilengkapi keupayaan praktikal yang mengagumkan:

  • Sudut masuk (approach angle) 21 darjah dan sudut keluar 26 darjah.

  • Jarak kelegaan bumi (ground clearance) setinggi 200 mm.

  • Keupayaan meredah air sehingga kedalaman 500 mm.

Teknologi Kabin dan Sistem Pemanduan Pintar

image.png

Menjengah ruang dalaman, pemandu disambut dengan skrin sentuh tengah bersaiz 15.6 inci serta kluster instrumen digital 8.8 inci. Sistem infotainmen Tour OS ini dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 dan 8775 yang menyokong pengecaman suara serta teknologi AI “Doubao”.

Varian spesifikasi tinggi turut menawarkan keselesaan premium melalui tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas, pengudaraan, dan urutan.

Bagi aspek keselamatan, model mercu menerima sistem bantuan pemanduan “Falcon 500+” berasaskan cip Snapdragon 8775. Ia menyokong fungsi Navigate on Autopilot (NOA) di lebuh raya dan bandar, parkir automatik, parkir kawalan jauh, serta parkir memori.

Spesifikasi Prestasi dan Jarak Gerak EV

image.pngimage.png

Kesemua varian menggunakan bateri litium besi fosfat (LFP) “Rhino” berkapasiti 65 kWh yang menyokong konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Varian Pacuan Roda Belakang (RWD)

  • Kuasa: 200 kW (268 hp) dan tork 285 Nm.

  • Pecutan 0–100 km/j: 7.5 saat.

  • Jarak pemanduan: 550 km (CLTC) atau sekitar 446 km (WLTP).

Varian Pacuan Semua Roda (AWD)

  • Kuasa gabungan: 275 kW (369 hp) dan tork 427 Nm.

  • Pecutan 0–100 km/j: 5.5 saat.

  • Jarak pemanduan: 510 km (CLTC) atau sekitar 413 km (WLTP).

Varian AWD turut dipadankan dengan sistem pacuan empat roda pintar XWD milik Jetour yang menawarkan mod pemanduan off-road 7+X. Bagi memastikan keselesaan dan pengendalian seimbang, ia menggunakan suspensi bebas MacPherson di hadapan serta suspensi bebas five-link di belakang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA9081

SELANGOR

BSV3580

JOHOR

JH9590J

PULAU PINANG

PSH6214

PERAK

APN2837

PAHANG

CFJ4899

KEDAH

KGJ9578

NEGERI SEMBILAN

NEM6961

KOTA KINABALU

SJV3365

KUCHING

QAB1046Q

Terakhir Kemas Kini 25 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G

Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.

22-10-2026
Berita Auto

Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global

SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.

15-10-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Berita Auto

Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026

Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.

09-02-2026
Berita Auto

Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?

Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.

27-01-2026
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian

Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

20-10-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.

09-05-2025

Berita Terkini

Global

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.