Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC). Ini merupakan kemunculan pertama versi spesifikasi Malaysia selepas versi pemanduan sebelah kiri (LHD) diperlihatkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) awal tahun ini.
Kemunculan sulung T2 versi RHD ini menandakan kesediaan Jetour untuk melancarkan model ini secara rasmi di Malaysia, yang menurut sumber, mungkin akan berlaku pada awal tahun 2026. Sebaik pelancaran itu nanti, T2 akan menyertai barisan SUV Jetour sedia ada lain seperti VT9 dan Dashing. Harga anggaran permulaan T2 diletakkan pada RM178,888.
Hanya Satu Varian Diperkenalkan

Buat masa ini, hanya satu varian Jetour T2 yang disahkan secara rasmi. Versi yang akan muncul di pasaran Malaysia itu menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan, menjana 242 hp dan tork 375 Nm. Model ini menggunakan sistem pacuan semua roda secara langsung (4WD) menjadikannya sebuah jentera dengan kemampuan untuk menempuhi laluan off-road.


Jetour juga dijangka akan muncul dalam varian lain yang menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) 1.5 liter pada masa akan datang. Sistem hibrid yang bakal digunakan nanti ialah Kunpeng Super Hybrid C-DM yang dibangunkan oleh Chery.
Varian PHEV ini disematkan dengan bateri 26.7 kWj yang menjanjikan jarak elektrik penuh sehingga 129 km (WLTC) dan julat pemanduan keseluruhan yang luar biasa, mencecah 1,300 km. Penggunaan bahan apinya dijangka serendah 1.08 L/100 km.
Reka Bentuk 'Boxy' Yang Ranggi


Jetour T2 dibina di atas platform unibody Kunlun milik Jetour. Model ini memiliki panjang 4,785 mm, lebar 2,006 mm, tinggi 1,870 mm, dengan jarak roda 2,800 mm. Dimensi SUV ini meletakkannya sebagai pesaing kepada GWM Tank 300.
Dari segi rekaan, T2 kelihatan ranggi dengan bentuk badan 'berkotak' atau boxy dan berotot, lengkap dengan fender yang lebar, pelindung bawah atau cladding tebal, rim 19 inci dan tayar ganti yang dipasang pada pintu but belakang.
Kabin Premium





Bahagian kabin T2 menggabungkan aura lasak dengan kemasan premium dan ciri-ciri moden. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen besar 15.6 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci dan kerusi kulit boleh laras secara automatik.


Gaya mewah pula diserlahkan dengan kehadiran ciri vacuum doors yang mana pintu tertutup secara lembut dengan automatik, memberikan pengalaman yang luar biasa untuk sebuah kenderaan dalam kelas SUV ini.
Rancangan CKD Jetour Di Malaysia
Jetour Malaysia turut mengumumkan rancangannya untuk pemasangan tempatan (CKD) membabitkan pelaburan sebanyak RM560 juta dalam pembuatan dan RM216 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha ini boleh membuka jalan untuk pemasangan tempatan model T2, membantunya bersaing dengan model import seperti GWM Tank 300 yang dijual pada harga sekitar RM250,000 dan iCar V23 EV yang dijangka bermula dari RM145,000.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN8214
SELANGOR
BSM8749
JOHOR
JYS4243
PULAU PINANG
PSA2314
PERAK
APF6142
PAHANG
CFF5608
KEDAH
KGE5759
NEGERI SEMBILAN
NEJ6525
KOTA KINABALU
SJQ5882
KUCHING
QAB3601N
Terakhir Kemas Kini 04 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800
Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.
13-02-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


