Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua D55L dibuka tempahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Model keluaran Otomobil Sdn.Bhd (PERODUA), Perodua D55L yang merupakan model paling canggih kini dibuka untuk tempahan bermula pada Jumaat lalu. 

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu yang didatangkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV ditawarkan pada harga tentatif atas jalan tidak termasuk insurans antara RM62,500 hingga RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

“Kami berhasrat untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada para pelanggan.

“Kenderaan SUV kekal popular dalam memenuhi permintaan dan  Perodua D55L turut memenuhi trend ini dengan saiz kompak, gaya kontemporari dan ciri moden yang menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” katanya. 


Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai tidak melepaskan untuk membeli keluaran model yang paling canggih setakat ini, memandangkan cukai jualan bakal berakhir pada 30 Jun ini.

“Memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada akhir Jun ini, jangan tunggu lagi untuk tempah. 

“Penasihat jualan kami yang sah bersedia membantu anda dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Perodua D55L di semua pusat jualan kami di seluruh negara, dengan pematuhan ketat garis panduan COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan anda,” katanya.

Kesemua varian itu merangkumi ciri Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Penukaran Laluan, manakala Varian AV didatangkan dengan pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik di Belakang dan Adaptive Cruise Control.

Dengan adanya ciri berkenaan, Perodua D55L menjadi model perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2. 

Mengulas lanjut mengenai D55L, ia dikatakan merupakan kenderaan turbo pertama Perodua selari dengan trend downsizing global.

Ia juga merupakan Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT) sekali gus menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l  iaitu terbaik dalam kelasnya.

Menyentuh mengenai lampu hadapan LED, ia terdapat pada semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam, panel meter TFT 7inci serta sistem infotainmen skrin sesentuh 9-inci dengan 'voice recognition'.


Sementara itu, varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue manakala, varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red dengan tiga warna terakhir adalah baharu buat PERODUA.

Bagi Varian AV, ia boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red dan dua warna terakhir dengan bumbung hitam.

Sehubungan itu, Perodua menawarkan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer bagi Perodua D55L.


Tag:

Perodua Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto
Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto
JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto
Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026