Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seleweng RM3.1 juta, 7 petugas JPJ ditahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor selepas didapati terlibat dalam penyelewengan kutipan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor ke atas lebih 1,000 kenderaan yang membabitkan kerugian sebanyak RM3.1 juta.

Sumber berkata,  mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia antara 27 hingga 42 tahun.

“Kesemua petugas yang ditahan itu disyaki memanipulasi sistem transaksi dalam talian,  MySIKAP yang mengakibatkan ketirisan kutipan cukai jalan berjumlah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula dari Julai hingga Disember 2019,” kata sumber itu.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Bakti berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan selepas mendapati penyelewengan di Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.

"Kami menggesa orang ramai yang berurusan di kaunter JPJ perlu sentiasa menyemak resit selepas selesai melakukan urusan bagi memastikan mereka tidak ditipu,” katanya.

Bagaimanapun, ketujuh-tujuh suspek berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk proses reman dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026