Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda serba baharu ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Malaysia menerima lebih 20,000 tempahan varian tertinggi, Honda City  RS e:HEV selepas ia dilancarkan pada tahun lalu sekali gus menjadikan Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan model serba baharu itu.

Jentera  yang dilengkapi dengan ‘Next Generation Advanced Technology', Honda Sensing dan Honda Connect itu ditawarkan pada harga RM105,950.


 Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekeskutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya telah menerima lebih 20,000 tempahan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

“Sebaliknya, kira-kira 13,100 unit kenderaan ini telah diserahkan kepada pelanggan. Kami yakin Honda City Rs e:Hev ini akan menjadi model 'game-changer' .

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana pelanggan yang sudah menempah model ini tetap sabar dengan menunggu pengumuman harga rasmi," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jentera ini menjadi model pertama Honda yang dilengkapi telematiks pintar selain teknologi Honda Connect. Sistem bersepadu ini dikatakan beroperasi 24 jam bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan keselesaan kepada pengguna.


Menyentuh mengenai rekaan luaran kereta ini, ia agak menarik perhatian kerana tampil bergaya dengan gril hadapan yang berkilat selain gril hadapan dan bampar belakang dengan disfuser.

Ia juga dilengkapi dengan spoiler belakang, cermin sisi hitam, lampu hadapan LED, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan rim aloi 16 inci dua tona.

Menurut Honda, ia didatangkan dengan sistem dua motor hibrid dipacu enjin 1.5 Liter DOHC i-VTEC Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) e-CVT. 

Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) mampu  bertukar di antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin dengan penuh kecekapan.

Revolusi kenderaan ini dikatakan menyalurkan kuasa 109PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya, 253Nm.

Hakikatnya, apabila sesebuah kenderaan digabungkan dengan transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT), ia sekali gus memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D.

Gaya dalaman model ini kelihatan lebih menarik apabila ia didatangkan dengan meter TFT bersaiz 7 inci manakala, paparan audionya pula bersaiz 8 inci untuk ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Terdapat juga pelapik pedal sport bagi menonjolkan gaya yang  lebih sporty. Bagaimanapun, model ini menawarkan tiga pilihan warna iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Sehubungan itu, pra tempahan Honda City RS e:HEV boleh dilakukan di laman web Honda atau ke bilik pameran Honda di seluruh negara.


Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

03-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026