Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anggota polis diminta melakukan pemeriksaan secara lebih serius

Suhana Veru

Kongsi melalui

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada semua anggota polis yang ditempatkan dalam sekatan jalan raya (SJR) pergerakan rentas negeri agar tidak hanya sekadar melambai tangan sebaliknya perlu melakukan pemeriksaan lebih terperinci.

Amaran itu dikeluarkan selepas pihak PDRM menerima beberapa aduan  mengenai petugas di SJR yang mengambil ringan ketika mengawasi pergerakan rentas negeri.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya juga telah memberikan amaran kepada semua Ketua Polis Negeri untuk memastikan semua anggota polis yang ditugaskan dalam SJR melakukan pemeriksaan dengan lebih serius.

“Bukit Aman akan mengambil tindakan ke atas Ketua Polis Negeri yang didapati gagal mengawal anggota di SJR apabila tidak melakukan pemeriksaan dan membiarkan setiap kenderaan bergerak begitu sahaja,” katanya.

Arahan itu juga turut dikeluarkan di negeri Sabah dan Sarawak supaya mengetatkan kawalan bagi mengelak orang ramai melakukan percubaan rentas negeri tanpa kebenaran.

Menurutnya, beliau kesal apabila segelintir anggota polis yang duduk di khemah rehat membiarkan kenderaan lalu begitu sahaja sambil melambai tangan.

“Apabila waktu puncak dan sesak, semua perlu turun untuk mengadakan kawalan supaya dapat mempercepatkan proses pemeriksaan dan mengelak kesesakan lalu lintas.

“Jika bukan pada waktu puncak, tiga anggota boleh melakukan kawalan, manakala tiga lagi boleh berehat sebentar.

“Tetapi bukanlah sampai goyang kaki dan lambai tangan setiap masa,” ujarnya.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026