Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Land Rover Memperkenalkan Edisi Terhad Defender Works V8 Trophy

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta terbesar di UK, Jaguar Land Rover, bercadang untuk melancarkan trak Defender Works V8 Trophy dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 25 unit untuk meraikan legasi ekspedisi 4x4 syarikat.   


Pelanggan yang melakukan pembelian V8 Trophy dapat menikmati kemasukan eksklusif dalam pertandingan pengembaraan Land Rover Trophy  yang akan diadakan di Eastnor Castle, Herefordshire, United Kingdom. Eastnor Castle ialah lokasi yang sering dijadikan tempat ujikaji kenderaan yang dihasilkan dan dibangunkan oleh Land Rover. 

V8 Trophy ialah sebuah kenderaan yang menggunakan enjin petrol berkapasiti 5.0 liter V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF. Model ini turut dilengkapkan dengan brek dan juga kit pengendalian yang telah ditambah baik. Enjin yang digunakan dapat menjana 405 PS pada 6,000 rpm dan 515 Nm daya kilas pada 5,000 rpm. 

Individu yang berminat untuk membeli kenderaan ini boleh memilih antara dua rekaan iaitu 90 atau 110 Station Wagon yang didatangkan dalam warna Kuning Eastnor berserta kemasan berwarna Hitam Narvick. Ketegapan kenderaan ini diserlahkan lagi dengan penggunaan rim keluli heavy-duty. 

Selain itu, ciri tambahan lain yang terdapat pada kereta ini ialah winch hadapan, sangkar ekspedisi multititik, rak bumbung, perlindungan di bawah badan kenderaan, bar, liang kemasukan udara yang terangkat (raised air intake), lampu sorot dan juga tayar mud-terrain iaitu tayar untuk aktiviti lasak yang sesuai untuk permukaan jalan yang sukar dilalui kenderaan biasa. 




Kabin dalaman kenderaan ini dikemaskan dengan trim kulit Windsor berwarna hitam sepenuhnya, tempat duduk sports Recaro dengan jahitan berwarna kuning untuk menambahkan sentuhan kontras.  Tidak dilupakan juga muka jam Land Rover Trophy yang dihasilkan oleh Elliot Brown.  



Video pelancaran Defender Works V8 Trophy menampilkan Jessica Hawkins, pemandu lagak ngeri dan perlumbaan, yang juga merupakan duta syarikat di samping Bob Ives, pemenang 1989 Camel Trophy. 




Harga V8 Trophy bermula daripada RM 955,040 untuk varian 90 di UK.  


Untuk maklumat lanjut tentang Defender Works V8 Trophy, anda boleh layari https://www.landrover.com/explore-land-rover/land-rover-classic/index.html


Gallery

Tag:

Land Rover Range Rover
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026