Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kedai Konsep Yang Futuristik, Porsche Studio Dibuka di Vietnam & Taiwan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Porsche AG telah membuka sebuah kedai konsep baharu - Porsche Studios di Hanoi, Vietnam dan Tainan, Taiwan.


Idea Destination Porsche yang telah pun direalisasikan di beberapa pusat Porsche seluruh dunia kini turut dilengkapi Porsche Studios, sebuah kedai jualan yang sofistikated dan canggih. Ketua pengurusan jenama dan kerjasama Porsche, Deniz Keskin berkata "Kedai konsep, Porsche Studio ini menawarkan cara yang mudah untuk anda mendalami jenama Porsche," Katanya, pengunjung boleh mendalami apakah Porsche itu sebenarnya dalam suasana yang santai dan menarik. "Dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang, kami akan mendedahkan proses pemikiran yang terlibat di sebalik pembentukan konsep ini di semua lokasi kedai," katanya.


 

Porsche Studio di Tainan, Taiwan



Porsche Studio di Hanoi, Vietnam

Fasiliti ini menempatkan sebuah perpustakaan khas yang menggabungkan inovasi digital dan karya seni yang dapat memberi inspirasi.

"Studio ini bukan sahaja membenarkan pengunjung melihat kesemua kereta yang dipamerkan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sebuah ruang seni dan pameran yang memaparkan hasil seni tempatan yang mencerminkan semangat inovatif syarikat dan juga komitmen syarikat terhadap usaha pembangunan mampan. Studio ini juga akan digunakan sebagai ruang acara," ujar Keskin.
Pengunjung dapat menenggelamkan diri dalam warisan budaya Porsche dan mengetahui lebih banyak tentang usaha syarikat ke arah mobiliti elektrik. Porsche Studio Hanoi, Vietnam turut memiliki sebuah ruang berasingan di mana pekerja dapat menerangkan kepada pelanggan tentang konfigurasi produk dan melakukan proses pembelian dalam suasana yang lebih tenang tanpa sebarang gangguan. Di sini terdapat sebuah meja konfigurasi yang inovatif di mana orang ramai boleh melihat sendiri semua senarai pilihan yang ada. Ia boleh digunakan sebagai permukaan pemantul untuk memaparkan kenderaan yang telah dikonfigurasikan atau configured vehicle dalam bentuk realiti terimbuh ataupun augmented reality. Porsche Destination Charging adalah sebuah rangkaian pengecasan global yang dilengkapkan dengan poin pengecas AC di lokasi-lokasi eksklusif sebagai sebahagian daripada fasiliti.


Gallery

Tag:

#porschenewconceptstudios
#porschetaiwan
#porschevietnam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026