Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Zeekr bakal menyaingi Tesla

Suhana Veru

Kongsi melalui

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal melancarkan kenderaan elektrik yang dikenali sebagai Zeekr.

Geely yang merupakan syarikat automotif terbesar di China dan juga memiliki jenama seperti  Volvo, Lynk & Co, Polestar dan Proton itu bakal menggunakan strategi penjenamaan serta jualan baharu.


Menurut Geely, pihaknya akan membuka bilik pameran  untuk menjual Zeekr pada harga yang ditetapkan.

“Ia tidak akan dijual kepada pengedar-pengedar sah seperti mana yang lazimnya dilakukan oleh syarikat lain.

“Malah, Geely akan  menggunakan taktik  jualan dan pemasaran baharu untuk menarik lebih ramai pembeli kereta elektrik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Malah, Zeekr juga dikatakan akan dikendalikan oleh sebuah anak syarikat Geely yang dikenali sebagai Lingling Tecnologies. 

Dalam perkembangan sama, Model Zeekr yang  menggunakan kerangka Sustainable Experience Architecture (SEA) dikatakan berupaya menandingi pengeluar kereta mewah lain seperti Mercedes-Benz.

Pengumuman ini dibuat selepas Geely berhasrat untuk bekerjasama dengan Foxconn bagi  menghasilkan kenderaan elektrik untuk syarikat lain.

Ia juga diikuti dengan pengumuman syarikat enjin carian terbesar di China, Baidu yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Geely bagi membangunkan kenderaan elektrik miliknya.


Susulan itu, kerajaan China dilihat sering kali mempromosikan penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV) dan berharap pihaknya menghasilkan 20 peratus dari jualan automotif tahunannya menjelang tahun 2025.

Terbaharu, portal berita, Wall Street Journal mendedahkan kerajaan China menyekat anggota tentera dan kakitangan awam daripada menggunakan kereta Tesla Inc.

Laporan itu menyebut kerajaan China  bimbang data yang diperoleh melalui kamera yang terdapat dalam kenderaan itu (Tesla) mampu membocorkan rahsia keselamatan negara.

Kenderaan Tesla dilengkapi dengan pelbagai kamera dan pengesan pada bahagian luaran untuk kegunaan sistem bantuan pemandu dan parkir.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026