Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Spesifikasi kenderaan ini masih menjadi persoalan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Spekulasi mengatakan bahawa UMW Toyota Motor akan memperkenalkan keluaran kereta terbaharunya, Toyota Corolla Cross di pasaran Malaysia pada Khamis ini sekitar pukul 8.30 malam.



Terdahulu, model ini disahkan akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini dan dijangka akan diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan secara maya.

Pelancaran model ini akan disiarkan menerusi laman web rasmi syarikat UMW, halaman Facebook dan laman perkongsian video, YouTube.

Hakikatnya, jentera ini telah pun diperkenalkan pada Julai tahun lalu di Thailand. 

Ia hadir dengan empat varian iaitu Corolla Cross 1.8 Sport, Corolla Cross Hybrid Smart, Corolla Cross Hybrid Premium dan  Corolla Cross Hybrid Premium Safety.

Harga model ini sekitar RM128,178 hingga RM160,256.

Bagaimanapun, Malaysia dikatakan hanya akan menerima dua varian namun butiran lanjut masih belum didedahkan.


Menyentuh mengenai warnanya pula, ia tampil dengan tujuh warna. Antaranya, Metal Stream Metallic, Attitude Black Mica, Red  Mica Metallic, Celestite Gray Metallic, Nebula Blue, Graphite Metallic dan Platinum White Pearl.

Dari segi dimensi, ia memiliki 4,460 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,640 mm.

Toyota Corolla Cross ini didatangkan dengan dua pemacu enjin iaitu 1.8 liter enjin petrol dan Pemacu hibrid dengan enjin petrol 1.8 liter .

Pemacu enjin petrol menghasilkan 140 hp manakala tork 172 Newton Meter bersama dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.

Bagi model enjin hibrid, ia hadir dengan motor elektrik berkuasa 600 voltan yang mampu menjana kuasa 72 PS dan tork 163 Nm.

Ia dipadankan dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FXE yang menawarkan tambahan kuasa 98 hp dan tork 142Nm menerusi e-CVT automatik Toyota.

Berdasarkan spesifikasi enjin di atas, desas-desus mengatakan bahawa Malaysia akan diberi pilihan antara varian petrol dan hibrid.

Menyentuh kembali mengenai varian enjin petrol, ia didatangkan dengan enjin 2ZR-FE, empat silinder 1.8 liter dengan teknologi Dual VVT-i.

Ia berkemungkinan akan dipadankan dengan kombinasi CVT yang sama seperti model sedan Corolla dan C-HR.

Enjin ini menawarkan keseimbangan terbaik antara prestasi dan kecekapan menerusi hamburan kuasa 140hp dan tork 172Nm. 

Sementara itu, bagi variasi hibrid, ia juga dikatakan berkemungkinan akan menawarkan enjin versi kitaran Atkinson.

Enjin 2ZR-FXE  mampu menghasilkan 98 hp pada 5200 rpm dan 142 Nm pada 3.600 rpm. Enjin ini dipadankan dengan motor elektrik yang menghasilkan 72 hp dan tork163 NMsekali gus menghasilkan jumlah output sistem sebanyak 122 hp.

Malah, ada juga mengatakan bahawa kemungkinan enjin 1.0 liter akan dibawa masuk ke Malaysia namun semuanya masih menjadi persoalan.

Apa yang kita boleh lakukan adalah hanya tunggu pada hari pelancaran model kereta ini.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan Toyota Corolla Cross 2021 yang merupakan varian SUV pertama bagi jenama ini, ia dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA).

Malah, aspek keselamatan juga dipertingkatkan menerusi penawaran Toyota Safety Sense. 

Ia terdiri daripada beberapa aspek keselamatan seperti Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Lencongan Lorong( dengan Bantuan Stereng), Kawalan Pemanduan Dinamik dengan Bantuan Pengesanan Lorong, Lampu Suluh Tinggi Atomatik termasuk Sistem Pemantau Pandangan.

Ia juga dilengkapi dengan sistem Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang selain terdapat tujuh beg udara.

Sebaliknya, apa yang menjadi persoalan sekarang adakah spesifikasi Toyota Corolla Cross akan hadir sama seperti spesifikasi Thailand?

Apakah pendapat anda?

Tag:

toyotacorollacross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video
Toyota Corolla Cross SUV yg "Sangat mampu milik"? | Jom tengok Pandu uji + Full Review

Toyota Corolla Cross SUV yg "Sangat mampu milik"? | Jom tengok Pandu uji + Full Review

SUV segmen B terbaru dalam pasaran - Toyota Corolla Cross! Harga bermula dari RM124K, berbaloi x beli SUV Toyota terbaru ni?

22-06-2021
Kereta Baru
SUV Toyota lebih mengagumkan

SUV Toyota lebih mengagumkan

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini.

25-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026