Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dua Maut, Tiga Selamat Dalam Runtuhan di MRR2

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dua pekerja kilang maut, manakala tiga lagi terselamat selepas pihak bomba berjaya mengeluarkan kelima-lima mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata  kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan tadi.

Dua wanita warga tempatan maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat," katanya pada sidang akhbar. 

Setakat 9.30 malam tadi, kelima-lima mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan kejadian. Difahamkan dua wanita itu maut di tempat kejadian manakala, tiga yang selamat telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Kejadian itu berpunca daripada apabila sebuah lori melanggar struktur sokongan binaan itu yang menyebabkan struktur itu runtuh lalu menghempap van kilang berkenaan.

Dalam perkembangan sama, pemaju projek pembinaan SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS) mengesahkan kemalangan jalan raya itu.

Kemalangan itu berlaku selepas sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden itu menyebabkan ribuan pengguna jalan raya berhampiran Bandar Tasek Selatan terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama runtuhan struktur jatuh di SUKE memandangkan beberapa kes yang sama pernah dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan.

Pada 19 September 2019, seorang wanita nyaris maut apabila beberapa kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh dan menghempap kereta yang dipandunya ketika melalui projek pembinaan SUKE.  


Gallery

Tag:

Fire And Rescue Team
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026