Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penggunaan tali pinggang masih rendah dalam kalangan rakyat

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendedahkan hanya 11 peratus pengguna jalan raya  menggunakan tali pinggang di bahagian tempat duduk belakang.

Pengerusinya, Datuk Surjet Singh berkata, pematuhan pemakaian tali pinggang belakang telah dikuatkuasa sejak Januari 2009.

“Berdasarkan pemantauan, kadar pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia masih di tahap amat rendah iaitu hanya 11 peratus,” katanya.


Menurutnya, kebanyakan pengguna jalan raya dilihat masih kurang kesedaran mengenai kepentingan memakai tali pinggang di bahagian belakang.

"Mengikut kajian, sekiranya pemandu dan penumpang kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya, risiko kematian sebenarnya boleh dikurangkan sebanyak 50 peratus walaupun tanpa menggunakan  beg udara.

“Malah, risiko kematian juga boleh dikurangkan  sebanyak  80 peratus jika pengguna jalan raya menggunakan tali pinggang belakang,” jelasnya.

Oleh itu, pihaknya telah melaksanakan Pelan Strategik Pembudayaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang sebagai langkah permulaan mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemakaiannya secara berperingkat.

“Pelan ini diluluskan lembaga pengarah Miros dan sepatutnya dilaksanakan bermula tahun lalu hingga 2022 namun ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19.

"Miros akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan pelan ini dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, undang-undang pemakaian tali pinggang belakang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009 melalui Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaaan 2008) dan pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Tag:

miros
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MIROS Lancar Program Didik Keselamatan Jalan Raya Untuk Murid Sekolah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menganjurkan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan TTDI (2), baru-baru ini.

26-09-2024
Berita Auto

Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!

Perodua Axia E yang baru diperkenalkan pada minggu lalu bukanlah model baharu.

22-06-2023
Berita Auto

Jangan Sibuk Layari Media Sosial Ketika Memandu

PDRM menasihatkan orang ramai jangan layari media sosial ketika memandu.

26-04-2023
Berita Auto

Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia

Senarai 40 dashcam yang telah diuji oleh MIROS dan CyberSecurity Malaysia.

04-11-2022
Berita Auto

Jom Belajar Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Dengan Miros

MIROS akan mengadakan Pemeriksaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak pada 15 Oktober ini

06-10-2022
Berita Auto

Mampukah Had Laju 30 km/j Kurangkan Kadar Kemalangan Di Jalan Raya?

DBKL bakal warta had laju 30km/j tidak lama lagi.

17-01-2022
Berita Auto

17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng

Seramai 17 orang penunggang motosikal p-hailing terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian pada tahun lepas.

19-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026