Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GNR menggunakan Nissan GT-R untuk penghantaran organ manusia

Suhana Veru

18-3-2021

Kongsi melalui


Pasukan militari Pengawal Republik Kebangsaan (GNR) di Portugal menggunakan Nissan GT-R bukan untuk rondaan jalan raya, sebaliknya menghantar organ manusia.

Model baharu ini dikatakan telah ditambah dalam aset kenderaan milik pasukan militari baru-baru ini.

Menurut GNR, ia merupakan kenderaan rampasan yang disabitkan dengan kes undang-undang.

“Ia kini akan digunakan secara eksklusif untuk penghantaran organ manusia ke hospital di bandar Porto dan Lisbon.

“Kenderaan ini sesuai digunakan memandangkan masa dilihat sangat penting bagi penghantaran organ kerana ia melibatkan kualiti dan keselamatan. Jika lewat tiba, risiko organ itu rosak, adalah lebih tinggi,” katanya.

Kerosakan organ menyebabkan peluang penerima organ berkenaan untuk menikmati hidup adalah tipis.


Bagi mengelak kejadian itu berlaku, pihaknya bersetuju menggunakan Nissan GT-R untuk menghantar organ manusia ke hospital.

Setakat ini, pasukan berkenaan telah menyerahkan 2,836 organ dengan bantuan seramai 5,700 militari .

.

Bagaimanapun, hanya dua unit jentera itu diserahkan kepada pasukan berkenaan dan tiada sebarang maklumat berhubung pemilik kenderaan berkenaan.

Berdasarkan rekod pihak berkuasa, ia dirampas kerana mempunyai kaitan dengan isu cukai.

Jentera ini dijana enjin .8L V6 turbo kembar dengan sistem transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan. Ia menghasilkan 550hp dan tork 632Nm. 

Ia mampu memecut pada halaju maksimum 315 kilometer sejam.



Gallery

Tag:

National Republican Guard
Nissan GT-R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.

28-03-2025
Global

2 Model Terhad: Takumi, Skyline Editions, Masuk AS Dulu

Pengeluar kereta Jepun Nissan, melancarkan dua model terbaharunya, Takumi dan Skyline Editions, baru-baru ini.

19-03-2024
Global

Nissan GT-R R35 Dihidupkan Kembali – Gaya Retro R34, 1000 HP, Badan Karbon Penuh!

Artisan Vehicle Design telah membina Nissan GT-R khas yang diinspirasikan daripada beberapa model GT-R lama. Ini hasilnya...

21-12-2023
EV

Nissan Dedah Projek Prototaip GT-R R32 Versi EV

Nissan Japan melalui Twitter rasminya telah berkongsi satu video acah pendek yang menunjukkan sebuah projek prototaip EV menggunakan Skyline GT-R R32.

30-03-2023
EV

Pengganti Nissan GT-R Berkuasa Elektrik & Hibrid? Ini Kata CEO Nismo...

Khabarnya Nissan akan melancarkan kereta sport versi elektrik sebelum penghujung dekad ini.

06-12-2022
Berita Auto

Nissan GT-R 2023 Dilancarkan Di AS Dengan Harga Dari RM500K

Nissan GT-R yang sebelum ini dikhabarkan berkemungkinan telah ‘mati’ kerana ketiadaan keluaran baharu pada tahun 2022 kini sudah mula ditawarkan di AS.

31-10-2022
Berita Auto

GTR Eksiden Sampai Remuk Tapi Pemiliknya Lari Naik Kereta Lain, Dah Kenapa?

Seorang pemandu Nissan GTR bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan.

06-05-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025
Berita Auto

Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat

Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.

06-05-2025