Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image-(29).jpg


Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan dan ketahanan ini. Fasa kedua dan yang terbaru dalam kempen ini memberi tumpuan kepada tahap keselamatan sistem bateri hibrid plug-in yang digunakan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) dalam keadaan kelembapan tinggi, penting bagi pasaran beriklim tropika seperti Indonesia dan Malaysia.


Model yang menjadi tumpuan dalam kempen ini ialah Tiggo 8 Pro CSH, SUV hibrid plug-in andalan (flagship) Chery yang dijangka memasuki pasaran Malaysia pada hujung tahun ini. Jentera ini akan melalui pelbagai ujian ketahanan bateri dalam persekitaran lembap dan hujan lebat di Indonesia, yang hampir serupa dengan keadaan di Malaysia.


500844010_1300461158753674_5058535985329542152_n.jpg500227808_1300461145420342_7595644526365933330_n.jpg


Sebelum ini, model yang sama telah diuji selama 48 jam di China, termasuk ujian menampung tujuh kenderaan yang diletakkan secara bertindan di Wuhu. Model ini juga diuji untuk menempuhi ujian gulingan (spiral rollover) dan perlanggaran dua kenderaan, sekaligus membuktikan Chery memberikan perhatian sepenuhnya terhadap  aspek keselamatan kenderaan yang dihasilkan. 


Fokus Terhadap Cabaran di Pasaran Tempatan 


Di Indonesia, Chery memberi penekanan kepada cabaran tempatan seperti banjir dan cuaca lembap berpanjangan. Matlamatnya adalah untuk membuktikan kenderaan mereka dapat berfungsi dengan selamat dan boleh dipercayai walaupun dalam keadaan ekstrem. 


Strategi ‘In Somewhere, For Somewhere’ Chery


Kempen ini adalah sebahagian daripada strategi Chery yang dinamakan ‘In Somewhere, For Somewhere’, yang menekankan usaha jenama menyesuaikan produknya mengikut keperluan khusus setiap pasaran.


Selepas Indonesia, siri ujian keselamatan ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain seperti Afrika Selatan, Brazil dan Mexico yang membawakan cabaran semula jadi yang tersendiri. 


Ketibaan Tiggo Cross Hybrid di Malaysia 


Di Malaysia, model pertama yang menggunakan teknologi CSH Chery adalah Tiggo Cross Hybrid, dengan penghantaran dijangka bermula pada Ogos 2025.

Baca: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Baca: Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Tag:

Chery
Chery Global Safety Challenge
Chery Super Hybrid (CSH)
Tiggo 8 Pro CSH
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru
Jenama "Lepas" Pula  Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026