Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Lagi Kupon Parkir

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kerajaan negeri Selangor bakal  menamatkan sistem kupon parkir manual di semua tempat letak kenderaan di bawah pentadbirannya pada 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakan pembayaran parkir digital secara sepenuhnya pada 1 Januari 2022.

“Pembayaran parkir  menerusi Smart Selangor Parking (SSP) akan dilaksanakan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.


"Kerajaan negeri juga akan mewujudkan kaedah petak parkir 'hot zone' di kawasan utama atau kawasan tumpuan awam dengan meletakkan had masa maksimum bagi setiap tempahan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai parkir red zone, beliau berkata, petak parkir itu (red zone) tidak boleh digunakan melebihi tempoh dua jam (bagi setiap kenderaan).

"Tindakan ini diambil bagi memberi peluang kepada pengguna lain untuk mendapatkan petak parkir di kawasan sibuk dan padat,” ujarnya.

Tambah beliau, kadar bayaran hot zone adalah sama dengan lot parkir biasa namun terdapat had masa yang ditetapkan.

"Sebagai contoh, petak parkir biasa dikenakan 50 sen untuk satu jam, namun petak parkir 'hot zone' dikenakan bayaran 50 sen setiap 30 minit,”jelasnya.

Bagaimanapun, bagi memudahkan orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar  atau bukan penduduk negeri Selangor, sistem ejen e-parkir akan dilaksanakan. Sistem e-parkir membolehkan ejen membuat pembayaran parkir bagi pihak pengguna

Sehubungan itu, petak parkir itu dikatakan akan diberi nama yang lebih bersesuaian dan mesra pengguna selepas pindaan  Jadual di dalam Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) yang digunapakai oleh PBT Negeri Selangor diwartakan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026