Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Warga emas itu mengakui dia tersilap masuk lorong motosikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tindakan seorang warga emas yang tidak secara sengaja memasuki laluan motosikal membawa padah apabila dia dikenakan saman dekat Lebuhraya Grand Saga, Kajang.

Warga emas yang berusia 78 tahun itu dikatakan memandu kereta jenis Mercedes Benz ketika dalam perjalanan dari Balakong menghala ke ibu negara baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemandu berkenaan didapati tersilap masuk laluan motosikal di Plaza Tol Batu 11.

“Kami mengesan pemandu ini di rumahnya. Dia kelihatan kurang sihat dan mengakui tersilap masuk lorong motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Terdahulu, satu klip video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kereta berwarna hitam itu dipandu di laluan motosikal dekat Lebuhraya Grand Saga, Kajang.

Rata-rata netizen menyifatkan supaya insiden itu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada pemandu lain supaya mematuhi undang-undang di jalan raya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026