Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pada 17 April, Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei.  Model kereta keluaran mereka ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang mampu untuk bersaing dengan Tesla!




Sedan pertama daripada Arcfox ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Jika dilihat dari spesifikasi badannya, kereta ini setanding dengan Tesla Model S.  Harga yang ditawarkan untuk Arcfox Alpha S Hi  adalah bermula daripada RMB 388900 (Sekitar RM 246,313.90).




Dari segi reka bentuknya, Alpha S menerima sentuhan daripada pakar reka bentuk dunia, Walter de'Silva untuk merealisasikan konsep reka bentuk "kecantikan tanpa batasan."






Model kereta yang dihasilkan di bawah gabungan kerjasama dengan syarikat Huawei ini, Arcfox Alpha S Hi menerima teknologi yang baru dibangunkan Huawei iaitu sistem operasi mobil Harmony OS yang menggunakan cipnya sendiri. Sistem ini mampu menampung ekosistem 24 buah aplikasi termasuklah Kugou music dan aplikasi interaktif lain untuk membolehkan integrasi pengguna dengan kenderaan. 

Di samping itu, konsol tengahnya pula lengkap dengan skrin LCD 20.3 inci yang menyokong paparan berdefinisi tinggi 4K dengan permukaan anti-silau dan anti-pantulan. Skrin ini tidak menggunakan banyak butang kawalan menjadikannya kelihatan lebih kemas dan moden.  





Berkaitan kebolehan pandu-kendirinya, Alpha S dikatakan mencapai tahap L2.5 dalam teknologi ini. Anda boleh membaca artikel ini untuk lebih info tentang tahap-tahap berbeza pandu-kendiri.  Alpha S Hi dilengkapi dengan 3 lidar separa solid gred automotif 96-baris, radar 6 mm-wave, 12 radar ultrasonik, 13 kamera dan juga cip yang dibangunkan Huawei dengan kuasa komputer mencecah 400 TOPs.




Dari segi kuasanya, Arcfox Alpha S Hi akan menggunakan dua motor yang terletak di depan dan belakang dengan kuasa maksimum sebanyak 473Kw yang mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Buat masa ini, Arcfox belum lagi mengumumkan jarak mileage kereta.  Dilaporkan, Alpha S Hi  boleh dicaj dalam masa hanya 10 minit menggunakan teknologi pengecasan pantas dan mampu bergerak sehingga sejauh 197 km! Jadi, macam mana? Tertarik tak nak beli kereta ni? Cun pun cunkan?

Gallery

Tag:

huawei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei

Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.

02-09-2021
Berita Auto

Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!

Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

29-06-2021
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021
Berita Auto

Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!

Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.

02-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Servis Teksi Air Di Pulau Pinang, Rupanya Tidak Dapat Dilaksanakan, Ada Sebabnya!

Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan.

13-01-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Wanita Tular Gara-Gara Minta Pendapat Netizen Tunang Minta Buat Loan Untuk Beli Honda FL5 TYPE R

Seorang wanita yang bekerja di Singapura tular di media sosial apabila dia meminta pendapat orang ramai berhubung tunangnya meminta dia belikan Honda FL5 Type R.

13-01-2026
Berita Auto

Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol

Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.

12-01-2026
Berita Auto

ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026