- Berita
- Berita Auto
- Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

PROTON melancarkan Kempen Stay Safe & Save bermula 1 September 2026 di seluruh negara, dengan menawarkan diskaun 10% alat ganti tulen dan semakan keselamatan 40 perkara percuma bagi membantu pemilik kenderaan menjimatkan kos penyelenggaraan serta memandu dengan selamat.
Pilihan Diskaun Alat Ganti Tulen PROTON & Semakan Percuma
.jpg)
Menerusi kempen terbaharu ini, pemilik Proton berpeluang menikmati diskaun 10% bagi bateri, pad brek, serta bilah pengelap cermin (wiper) terpilih. Tawaran ini sah di semua pusat servis bertauliah Proton seluruh negara, termasuk cawangan 2S, selagi stok masih ada.
Selain penjimatan alat ganti, setiap pelanggan turut menerima pemeriksaan keselamatan kenderaan 40 perkara secara percuma. Semakan komprehensif ini diperluaskan daripada 20 perkara biasa bagi membantu mengesan potensi kerosakan sistem utama kenderaan lebih awal.
Koleksi Eksklusif Pewangi Udara PROTON x Little Joe Fasa 3
Bagi menambah keselesaan ruang pemandu, PROTON meneruskan fasa ketiga kerjasama bersama jenama pewangi terkenal, Little Joe, bermula 25 Ogos 2026. Pelanggan boleh mendapatkan pewangi udara 3D eksklusif ini pada harga RM17 tanpa sebarang syarat perbelanjaan minimum.
Pewangi buatan polimer tidak toksik dari Switzerland ini hadir dengan dua pilihan haruman, iaitu Amber (merah) dan Ginger Lemon (biru). Setiap unit mampu mengekalkan kesegaran ruang dalaman kereta sehingga 45 hari.
Komitmen Perkhidmatan Selepas Jualan PROTON
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa“Di PROTON berkata, penjagaan pelanggan tidak berakhir sebaik sahaja sesebuah kenderaan diserahkan. Ia diteruskan pada setiap kunjungan servis dan sepanjang tempoh pemilikan.
"Menerusi Kempen Stay Safe & Save, kami mengurangkan kos alat ganti tulen PROTON yang penting, di samping menyediakan pemeriksaan keselamatan lebih menyeluruh kepada pelanggan," katanya.
Kemudahan servis kini lebih mudah diakses menerusi rangkaian 196 pusat servis bertauliah di seluruh negara. Pemilik Proton digalakkan membuat tempahan janji temu lebih awal melalui aplikasi PROTON Link 2.0 untuk menikmati promosi ini sebelum kehabisan stok.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
