- Berita
- Berita Auto
- Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur, bukan dilitupi salji tetapi berpunca daripada sisa tumpahan sabun.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, berkata ia dipercayai tumpah dari lori pada 24 Ogos lalu di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

Tindakan Pantas Pihak Bomba dan Konsesi KESAS
"Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.
"Bagaimanapun, hujan lebat hari ini (petang semalam) menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


