Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ia tampil dengan lebih bergaya dan sporty

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hari ini negara sekali lagi menyaksikan pelancaran model baharu keluaran syarikat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Triton Athlete sekitar pukul 10 pagi tadi.

Triton Athlete yang merupakan model flagship selain varian tertinggi bagi barisan trak pikap dikatakan bakal menggantikan varian Triton Adventure X.

Menyentuh mengenai harga model baharu ini, ia dijual pada harga RM141, 500 di Semenanjung Malaysia, RM144,500 di Langkawi, RM143,500 (Sabah), RM143, 550 (Sarawak) dan RM135,278 (Labuan).

Bagi harga untuk varian pula, ia yang didatangkan dengan enam varian dijual pada harga yang berbeza namun bergantung kepada spesifikasi varian berkenaan.

Selain varian Triton Athlete yang dijual pada harga RM141,500, Triton AT Premium (RM121,000), Triton MT Premium (RM 113,300), Triton AT  (RM 105,990), Triton MT (RM100,200), Triton Quest (RM 79,890).

Dari segi warnanya, ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu  Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet-Black Mica. 

Malah, kesemua model baharu ini hadir dengan aksesori tambahan untuk dipadankan dengan penampilannya yang lebih bergaya dan tahan lasak.

Menjengah bahagian hadapan trak pikap ini, ia tampil dengan pakej estetik yang lebih mengancam apabila wajah bahagian hadapannya, ditingkatkan dengan kemasan hitam berkilauan.

Tidak terkecuali, ia  dipadankan dengan konsep reka bentuk Dynamic Shield sekali gus menyaksikan penggabungan gril radiator berwarna hitam  bersama pelekat hiasan sisi badan, Athlete yang lebih menonjol dan agresif.


Sementara itu, bahagian sekeliling jentera ini, kita dapat lihat bahagian luaran Triton  hadir dengan tema berwarna hitam.

Tema warna hitam ini boleh dilihat di bahagian cermin sisi, pemegang pintu, pemesong angin tingkap, rim aloi bersaiz 18 inci termasuk pemijak tepi.

Beralih kepada bahagian dalaman, Triton Athlete datang dengan kemasan jahitan warna oran pada balutan sterengnya, tombol gear serta tuil brek tangan, manakala alas pintunya pula datang dengan pencahayaan LED.

Selain itu, Triton Athlete ini juga dilengkapi dengan peredaran udara di bahagian belakang yang bertaraf kelas pertama.

Bercakap mengenai sistem infotainmen audio, ia hadir skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Ready.

Bahagian prestasi pula, Triton Athlete dikuasai dengan enjin 2.4 liter MIVEC diesel turbo dengan teknologi Injap Pembolehubah masa.

Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 181 PS dan tork 430Nm.

Seperti biasa, ia juga hadir dengan ciri keselamatan seperti  Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Penukaran Laluan (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik (UMS), bantuan, Suluhan Tinggi Automatik (AHB) dan tujuh beg udara SRS.

Ia juga dilengkapi dengan ciri pemantauan keliling (ARM), rakaman video pemanduan (DVR). Pemanduan dinamik itu juga menawarkan kawalan yang sangat baik memandangkan ia hadir dengan Super Select WWD II dengan mod off-road.

Ia bertujuan untuk memberi daya tarikan optimum dan pengendalian kenderaan itu bagi mana-mana kawasan.

Triton Athlete ini juga hadir dengan Kawalan Turun Bukit dimana ia mampu mengawal kelajuan kenderaan secara elektronik semasa berada dalam mod turun.

Semua harga yang disebut itu tidak termasuk insurans dan ia memberi jaminan selama lima tahun atau perjalanan 200,000 kilometer (yang mana lebih dahulu).

Sehubungan itu, untuk sebarang tempahan, para pelanggan boleh mengikuti Bilik Pameran Mitsubishi secara dalam talian atau layari laman web https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom. 


Gallery

Tag:

: Mitsubishi
Mitsubishi Triton Athlete
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

MMM Sumbang Triton Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

MMM menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

10-09-2022
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

11-03-2022
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.

10-01-2022
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.

17-12-2021
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

20-10-2021
Berita Auto

MMM Sumbang Sebuah Trak Kepada Dignity Farm School

MMM mendermakan sebuah trak pikap, Triton 4x4 kepada Dignity Farm School yang terletak di Bentong, Pahang baru-baru ini.

16-10-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026