Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW Perkenalkan BMW 330Li M Sport & BMW X3 sDrive20i xLine, Harga Bermula RM286k+!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia baru sahaja mengumumkan dua model kereta baharu yang dipasangkan dalam negara serta inisiatif kitar semula untuk menangani isu pencemaran plastik.  

Salah satu daripada model yang dilancarkan ialah BMW 330Li M Sport yang merupakan varian dengan jarak antara roda panjang yang pertama dalam portfolio sedan eksekutif kompak untuk pasaran Malaysia. Harga jualannya adalah bermula daripada  RM300,800. 



"BMW 3 Series telah menguasai carta secara konsisten dalam portfolio BMW di Malaysia - dengan lebih daripada 2,500 unit yang dihantar telah memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh Malaysia dalam tahun 2020 sahaja.  Kejayaan BMW 3 Series terletak pada kebijaksanaan seni binanya yang menawarkan versatiliti yang tiada tandingannya, dalam masa yang sama mengekalkan DNA sporty yang menjadi penekanan dalam Sheer Driving Pleasure atau Keseronokan Memandu Semata-mata BMW." 

Modal ini dimuatkan dengan penambahbaikan baharu bagi 3 Series iaitu aplikasi My BMW. Keutamaan diberikan kepada keselesaan dan ciri praktikalnya, aspek penting lain adalah untuk melahirkan aura elegan melalui reka bentuk yang sempurna.  BMW 330i M Sport akan didatangkan dalam dua warna iaitu Mineral White dan Carbon Black yang melengkapkan upholsteri balutan kulit Vernasca yang berwarna Mocha dengan jahitan hitam. 



Jika dibandingkan dengan BMW 330i M Sport terkini, BMW 330Li M Sport yang pertama memiliki kepanjangan 4,819 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,961 mm. Kedua-dua aspek ini adalah antara ciri visual yang membezakan model baharu dan yang pertama. Model baharu ini turut memiliki penambahan dari segi ketinggian sebanyak 6 mm menjadikan 1,441 mm.  Reka bentuk bayangan dinamik baharu juga dilengkapkan oleh Individual High-Gloss Shadow Line BMW dan garisan bumbung seperti coupé.  

Dari segi prestasi, model ini dikuasakan oleh enjin petrol Turbo TwinPower 4 silinder dengan transmisi Steptronic Sport yang dapat menjana  258 hp pada 5,000 ke 6,500 rpm dan 400 Nm pada 1,550 ke 4,400 rpm. Kereta ini mampu bergerak daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan kelajuan tertingginya pula adalah 250 km/j. Tahap penggunaan minyaknya adalah sebanyak 6.4 liter/100km dengan emisi karbon 147g/km.



Antara ciri keselamatan utama yang dimilikinya adalah Kawalan Pelayaran dengan fungsi brek, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang dan juga sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW. Didatangkan secara standard adalah Bantuan Pemanduan yang merangkumi amaran keluar laluan, amaran penukaran laluan, amaran pelanggaran hadapan, amaran lintasan trafik dan pencegah pelanggaran belakang. Fungsi Panggilan Keselamatan Pintar juga turut disediakan untuk memastikan bantuan dan sokongan yang berterusan selama 24/7.

Seterusnya pula adalah pendedahan varian baharu X3 iaitu BMW X3 sDrive20i xLine yang ditawarkan dalam harga bermula daripada RM286,674.00. Varian ini adalah tambahan baharu kepada portfolio SAV premium bersaiz sederhana di Malaysia.  



Hoelzi menjelaskan, "BMW X3 telah menjadi salah satu daripada model terpenting kami dalam pasaran tempatan dari segi penawarannya sejak kali pertama ia diperkenalkan pada tahun 2011.  Sepuluh tahun telah berlalu, kami berasa rendah hati untuk terus menawarkan SAV yang berkuasa ini dalam pelbagai spesifikasi dan varian berbeza untuk pelanggan di sini, di Malaysia – direka untuk memenuhi gaya hidup setiap individu." 

BMW X3 sDrive20i xLine yang baharu ini menampilkan reka bentuk sporty yang serba baharu yang kelihatan unik dan bergaya rugged atau tampak tegap, sesuai untuk menempuhi apa sahaja jenis pengembaraan.  



BMW X3 sDrive20i xLine yang baharu ditawarkan dalam empat warna berbeza iaitu Alpine White, Glacier Silver, Black Sapphire dan Phytonic Blue. Kesemuanya dilengkapi dengan uphosteri kulit vernasca berwarna hitam dengan jahitan hitam, sama seperti yang terdapat pada BMW 330Li M Sport. 

Varian baharu ini dikuasakan oleh enjin turbo TwinPower empat silinder dengan transmisi Steptronik Automatik 8 Kelajuan dengan Fungsi Tahan Automatik. Gabungan kedua-duanya mampu menjana enjin berkuasa kuda 184 hp dari 5,000 ke 6,500 rpm dan daya kilas atau tork 300 Nm pada 1,350 ke 4,000 rpm.  SAV baharu ini juga memiliki kuasa pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 8.2 saat dengan kelajuan tertinggi 215 km/j. 

Ciri utama varian ini ialah Bantuan Pemanduan dan Parkir, BMW Live Cockpit Plus, Pembantu Peribadi Pintar BMW, Panggilan Kecemasan Pintar, sistem Akses Keselesaan, Pakej Kompartmen Simpanan dan sambungan telefon pintar.  

Bersama-sama dengan dua pendedahan ini, BMW Group Malaysia turut mengumumkan inisiatif upcycling (penggunaan semula untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti atau bernilai daripada asal) yang menggunakan mesin Precious Plastic untuk memberikan kehidupan kedua kepada sisa buangan plastik yang diperoleh daripada aktiviti syarikat.  


Syarikat bercadang ingin mengurangkan sehingga 80 peratus pembebasan karbon daripada kesemua tapak pengeluarannya.  BMW Group Malaysia akan mengambil bahagian dalam kajian, inovasi dan melakukan kerjasama dari segi kepakaran di peringkat global untuk mencapai matlamat ini. 

"Untuk menunjukkan arah tuju fokus-penyelesaian BMW Group, kami perlu mengetuai pergerakan dengan contoh – tanpa mengambilkira saiz impak yang yang ditinggalkan.  Di BMW Group Malaysia, kami menjadikan kata-kata satu tindakan dengan memasang mesin Precious Plastic untuk memberikan bahan buangan plastik di pejabat, rumah, dan plastik dalam kehidupan seharian, hidup kedua yang lebih bermakna," ujar ketua komunikasi korporat Sashi Ambi.

Bagi pelanggan yang dah jatuh hati dengan BMW 330Li M Sport, anda boleh melakukan pendaftaran untuk menunjukkan minat anda melalui platform dalam talian BMW Shop. Sementara itu, bagi BMW X3 sDrive20i xLine pula, ia sudah ditawarkan di kesemua pengedar berdaftar di Semenanjung Malaysia yang akan mula ditawarkan di Timur Malaysia pada 20 April nanti.  Pelanggan juga boleh menempah X3 baharu ini dengan bayaran hanya RM1,000 melalui platform dalam talian BMW.  

Apakah pendapat anda tentang dua kereta baharu ini? Untuk melihat dengan lebih terperinci berkenaan BMW 330Li M Sport dan BMW X3 sDrive20i xLine, nantikan info terbaharu daripada CariCarz!

Gallery

Tag:

BMW Group Malaysia
BMW X3 sDrive20i
BMW 330Li M Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

04-07-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

20-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025