Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara.  Usaha ini membabitkan 12 lokasi pengecasan di enam buah stesen minyak Shell di sepanjang Lebuhraya Utara–Selatan Malaysia.  Dengan adanya projek ini, pemandu EV boleh menempuhi perjalanan yang lancar antara Singapura, Kuala Lumpur dan Penang. 


Melalui kerjasama ini, enam buah stesen minyak Shell akan dipasangkan dengan alat pengecasan arus terus (DC) 180 kW berserta dua penghubung CCS Type 2.  Kemudahan ini membenarkan sebuah kereta untuk dicas pada 180 kW atau dua buah kenderaan pada 90kW secara serentak.  

Pengecas berprestasi tinggi 180 kW Shell ini juga mampu mengecas Porsche Taycan daripada kosong ke 80% dalam masa hanya 30 minit, ini dapat menambahkan jarak perjalanan sehingga 390 km (WLTP).  Pelanggan Porsche juga dapat menikmati kelebihan lain seperti penerimaan mata ganjaran HPC dengan penggunaan aplikasi mobil di samping mendapat harga istimewa bagi pembelian makanan dan minuman di kedai-kedai Shell Select. 


Usahasama ini menunjukkan komitmen antara dua pihak untuk membina masa depan mobiliti elektrik di Asia Tenggara dengan jalinan antara negara Malaysia dan Singapura. Kedua-dua negara bakal mengendalikan antara sempadan antarabangsa yang tersibuk di dunia, terletak di Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands Checkpoint.  

"Pasaran ASEAN memegang potensi besar yang perlu dibuka oleh Porsche, dan kami melihat peluang untuk membentuk mobiliti elektrik di rantau ini. Jaringan berprestasi tinggi di Singapura dan Malaysia ini boleh dijadikan model untuk diikuti oleh negara-negara lain," jelas Matthias Becker, Naib Presiden Bahagian Pemasaran Luar Negara dan Pasaran Baharu Porsche AG. 

"Walaupun persoalan tentang masa depan mobiliti elektrik adalah satu isu global, Asia Tenggara dengan jelas menunjukkan betapa kompleks dan pelbagainya cabaran dan peluang yang ada di hadapan. Memandangkan pengguna EV semakin bertambah dan kerajaan juga sedang berusaha untuk mencapai matlamat iklim, kerjasama antara Porsche dan Shell adalah salah satu daripada banyak contoh tentang bagaimana pemain industri patut berganding bahu dalam memainkan peranan untuk membantu sektor pengangkutan dalam usaha dekarbonisasi dan dalam mencorak mobiliti yang lebih bersih untuk pengguna," ujar Amr Adel, Naib Presiden Senior, Mobiliti Timur, Shell. 

Pengecasan ini ditawarkan untuk semua EV yang menggunakan sambungan pengecasan CCS Type 2 yang banyak digunakan oleh kedua-dua negara.  Namun begitu, pengguna kereta Porsche boleh menikmati harga istimewa di Shell Recharge.  

"Kerjasama antara Porsche dan Shell meletakkan standard baharu dalam prestasi pengecasan di Asia Tenggara, memberi jaminan kedua-dua kelajuan dan juga jarak kepada pemandu kereta elektrik, seperti Porsche Taycan.  Diilhamkan daripada semangat pengembaraan di atas jalan raya, kami komited untuk memberikan pengalaman mobiliti elektrik yang dikarakterkan oleh ciri penting Porsche: Emosi yang sebenar dan juga nikmat pemanduan yang maksimum," ujar Arthur Willmann, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Asia Pasifik. 

Usaha menggabungkan kedua-dua buah negara melalui rangkaian pengecasan ini juga adalah seiring dengan matlamat pengeluar kereta sport Stuttgard untuk membentuk standard baharu dalam kemapanan dan masa depan mobiliti. 


Shell berazam untuk memperluas jaringan pengecasan EV kepada 500,000 buah stesennya di peringkat antarabangsa dan mencapai matlamat ini pada tahun 2025.  Kerjasama dengan Porsche merupakan sebahagian daripada stategi yang diatur untuk mempercepat proses transformasi ini. Dalam masa yang sama, turut menawarkan kemudahan dan menyokong usaha kemapanan.  

Adakah usaha ini akan melonjakkan lagi usaha menyokong sumber tenaga bersih kedua-dua negara?  Kewujudan ramai orang yang bergerak antara Singapura, Kuala Lumpur dan Penang setiap minggu sebelum berlakunya pandemik menunjukkan bahawa perancangan kedua-dua pihak ini akan berlajan dengan lancar.  


Gallery

Tag:

Porsche Taycan
Singapore
SHELL
Porsche Asia Pacific
Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Sentuhan 'Asia' Taycan Turbo S Celestial Jade Memukau Pandangan

Porsche memperkenalkan versi istimewa bagi model EV Taycan yang baru sahaja dikemaskini, khas bagi rantau ASEAN iaitu Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade.

08-09-2024
Kereta Baru

Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000

Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.

21-06-2024
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
Berita Auto

Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!

Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.

05-11-2021
Berita Auto

Kenderaan Elektrik Menjadi Pilihan Penduduk Norway

Tahukah anda bahawa kenderaan baharu yang didaftarkan di Norway sepanjang tahun 2020 dijana dengan trenkuasa elektrik.

07-09-2021
Berita Auto

RM820K+ Berjaya Dikutip Dalam Lelongan Kereta Porsche Unik Ni! Tapi Hasil Jualan Porsche Bagi Dekat...

Porsche Taycan Artcar oleh Richard Phillips telah berjaya dijual pada harga USD$ 200,000 (RM 820,800.00)

17-05-2021
Berita Auto

Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini.

Porsche AG dilihat berjaya mencapai keuntungan operasi sebanyak €1.2 bilion pada suku pertama tahun 2021, berbanding suku pertama 2020 dimana pada tahun lalu, ia cuma mencatatkan keuntungan €572 juta.

10-05-2021
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026