Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenderaan Elektrik Menjadi Pilihan Penduduk Norway

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda bahawa kenderaan baharu yang didaftarkan di Norway sepanjang tahun 2020 dijana dengan trenkuasa elektrik. 

Begitupun, ia bukannya satu berita yang mengejutkan memandangkan kereta elektrik dikatakan sudah wujud sejak awal 1970 di Norway.


Ia dimulakan dengan syarikat Strommens Verksted yang mula menjalankan eksprimen mengenai kenderaan elektrik dan kemudian Bateri ABB dibangunkan sebagai trenkuasa yang digunakan secara percubaan untuk jentera VW Golf Citysromer sekitar tahun 1989.

Satu siri ujian jalan raya diteruskan dari tahun 1990 hingga 1999. Namun penggunaan e-mobiliti semakin meningkat sejak 30 tahun lalu.

Terima kasih atas sokongan kerajaan termasuk inisiatif kumpulan alam sekitar Yayasan  Bellona.

Majoriti pelanggan Norway memilih kenderaan elektrik apabila hampir 77,000 unit kenderaan elektrik berjaya dijual pada tahun lalu. 

Bagaimanapun, angka ini tidak termasuk untuk kenderaan plug-in hibrid dimana secara kumulatifnya ia mencecah hampir 75 peratus kenderaan elektrik di Norway.


Jadi, apabila negara itu mengumumkan untuk memberi komitmen secara sepenuhnya untuk mendaftarkan hanya kereta sifar emisi menjelang tahun 2025 maka,  ia bukannya satu berita besar buat Norway.

Susulan itu, satu  lonjakan ketara dapat dilihat pada Mac lalu apabila sebanyak 56 peratus model kereta elektrik yang baharu berjaya dijual.

Dengan populasi 5.4 juta, Norway menduduki tempat keempat secara global untuk jualan kenderaan elektrik dan tiada mana-mana negara di Eropah yang memiliki kenderaan elektrik melebihi kadar per kapita.

Norway berada lima tahun ke hadapan berbanding negara lain menyebabkan e-mobiliti adalah satu perkara yang biasa di sana.

Pemandu kereta elektrik juga menerima kelebihan lain dan sokongan kerajaan seperti garaj parkir untuk kenderaan elektrik di Oslo. 

Hampir 1,000 stesen pengecas kini dipasang pada tahun 2020 sahaja. 


“Ini yang menyebabkan bagaimana anda menjadikan e-mobiliti  menjadi menarik dan selesa untuk pelanggan. Ini yang membezakannya,” kata Pengarah kawasan Eropah Utara Porsche AG, Thomas May.

Jualan kenderaan elektrik dijangka akan mencecah 400,000 menjelang hujung tahun ini dan Porsche setakat ini telah meraih kejayaan dengan pelancaran Taycan di pasaran Norway pada Januari tahun lalu.


Kenderaan Taycan yang ke-1,000 telah dihantara pada November lalu  sekali gus menyumbang kepada jualan dua kali ganda di dalam negara berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketika ditanya dimanakah hala tuju Norway dalam beberapa tahun lagi, May berkata: “Semua soalan asas mengenai e-mobiliti, pemasangan stesen pengecas di rumah bukanlah satu masalah besar di Norway.

Orang awam kini sememangnya yakin dengan kenderaan elektrik dan mula menyukai kenderaan ini. Biarpun mereka pada mulanya, menggunakan ia sebagai kereta kedua atau ketiga, namun ia kini  menjadi kegunaan harian,” katanya.


Tag:

Porsche Taycan
Porsche AG
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-02-2025
EV

13-11-2024
EV

06-09-2024
Kereta Baru

21-06-2024
EV

08-05-2024
Global

14-03-2024
EV

12-03-2024
EV

07-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026