- Berita
- Berita Auto
- Tempoh Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Dilanjutkan
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan bahawa pengecualian untuk perbaharui Lesen Memandu (LM) dan juga Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian akan dilanjutkan mulai 1 April hingga 31 Mei 2021.
Keputusan ini dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan yang masih lagi sedang dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, pemandu perlu memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) kepada polis trafik apabila diminta.

Info lebih terperinci mengenai pengumuman ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
• Individu yang LM dan LKM mereka telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021;
• Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.

Kegagalan untuk memperbaharui dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan pemandu dikenakan penalti.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian ini dibuat untuk mengelakkan orang ramai daripada berkumpul demi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19.
"Tempoh sehingga 60 hari diberikan agar orang ramai mempunyai lebih banyak masa dan ruang serta kelonggaran sebagaimana yang diperlukan," katanya dalam perutusan media.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
