Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton melakar satu lagi  sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001 bagi Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS).

Pengiktirafan daripada British Standards Institution (BSI) ini membuktikan Proton bukan sahaja membina kereta yang hebat, malah  mampu meningkatkan kecekapan tenaga.

Kenapa Ini Satu Pencapaian Besar?

Di kilang Tanjung Malim yang mampu mengeluarkan sehingga 250,000 unit kenderaan setahun, setiap titis tenaga amat berharga. Dengan pensijilan ini, Proton kini mempunyai sistem "pemantauan pintar" yang mengawal dan menambah baik penggunaan tenaga di setiap sudut operasidaripada bahagian Stamping sehingga ke barisan Assembly.

The-roadmap-also-includes-continuous-shopfloor-level-efficiency-programmes-across-production-areas-including-Stamping,-Body,-Painting,-Trim-&-Final-(TF),-and-Assembly.jpeg

Sasaran Proton: Kecekapan meningkat 2% setiap tahun. Mungkin nampak kecil, tetapi untuk skala pengeluaran besar-besaran, penjimatan tenaga bagi setiap unit kenderaan akan memberikan impak yang luar biasa terhadap pengurangan pelepasan karbon negara.

Strategi "Hijau" di Sebalik Tabir

Proton tidak sekadar berjanji, mereka bertindak! Pensijilan ini juga melengkapkan inisiatif terdahulu syarikat termasuk pemasangan kemudahan panel solar dwimukaterbesar di kawasan parkir di Malaysia di PROTON Tanjung Malim pada tahun 2021.

Parking-lot-bi-facial-solar-panel-facility-(Drone-view).JPGParking-lot-bi-facial-solar-panel-facility-(Close-view).JPG

Langkah itu mencerminkan usaha berterusan syarikat ke arah penggunaan tenaga lebih bersih dan operasi lebih bertanggungjawab. 

Disember 2025, kemudahan solar tersebut berjaya mengurangkan kira-kira 48,450 tan pelepasan karbondioksida, bersamaan 10,500 kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dikeluarkan dari jalan raya Malaysia selama setahun.

Masa Depan Automotif Nasional

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk  Abdul Rashid Musa, berkata, kecekapan dan kelestarian akanmenjadi faktor utama daya saing industri automotif pada masa depan.

“Bagi PROTON, kami perlu memperkukuh keupayaan hari ini supaya operasi syarikat sentiasa bersedia menghadapi masa depan, lebih anjal dan selari dengan perkembangan industri automotif global. Sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima ISO 50001:2018, kami bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu dalam operasi sendiri, malah kepada ekosistem automotif yang sedang dibangunkan di Tanjung Malim,” katanya.

Gallery

Tag:

ISO 50001
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026