- Berita
- Berita Auto
- Honda Civic 1.8 sepatutnya diterima pada tahun lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya masih menunggu baki 175 daripada 425 kenderaan peronda polis model Honda Civic 1.8 yang sepatutnya diterima pada tahun lalu.
Pada 5 Jun tahun lalu, media tempatan melaporkan PDRM sepatutnya menerima 425 kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan.
Pemilihan kereta Honda Civic 1.8 itu dibuat selepas ujian teknikal pihak PDRM bersama syarikat Spanco Sdn Bhd bagi menggantikan kereta peronda yang telah tamat tempoh, usang dan tidak selamat digunakan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, PDRM sepatutnya menerima baki kereta itu selewat-lewatnya tahun lalu.
“PDRM berharap kerajaan mempercepatkan proses penerimaan kereta peronda baharu ini termasuk menyegerakan pertukaran lebih 800 kereta peronda milik yang sudah tamat tempoh.
“Kita juga harap lebih 800 kereta ini juga ditukarkan dengan Honda Civic 1.8 dengan secepat mungkin,” katanya.
Selain kereta Honda Civic 1.8, PDRM juga dikatakan bakal menerima 197 model Proton X70 1.8 bagi tujuan penggantian kenderaan sedia ada.

Mengulas mengenai penggunaan Proton X70, beliau berkata, pihaknya telah melakukan pandu uji di Muar, Johor baru-baru ini.
“Sebaliknya, kami mendapati Proton X70 sesuai untuk kegunaan ketua jabatan bukan unit peronda.
Honda Civic itu dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih.
Ia disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn.Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

