Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Bentley Bernasib Baik Kerana Terselamat Selepas Kereta Mewah Yang Dinaikinya Terbabas.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang lelaki bernasib baik kerana terselamat selepas kereta mewah jenis Bentley  Continental yang dinaikinya terbabas di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), Seremban semalam.

Beberapa gambar yang tersebar meluas di Facebook menunjukkan  roda belakang Bentley dua pintu itu tercabut keluar manakala bahagian sisi pintu pemandunya kemek teruk.

Pemandu Bentley yang berusia 37 tahun itu yang dalam perjalanan dari Johor menghala ke Taiping, Perak dipercayai hilang kawalan menyebabkan dia melanggar besi penghadang kanan jalan.

Kemalangan itu menyebabkan kenderaan mewah itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah pacuan empat roda, Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 54 tahun.

“Pertembungan ini juga menyebabkan Hilux itu turut hilang kawalan dan terus melanggar sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan barang kargo,” kata Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman.

Bagaimanapun, pemandu Bentley dan Hilux bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan manakala, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan hasil siasatan masih diteruskan. 


Tag:

Bentley
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026