Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Tukar Dengan myTukar!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Platform perdagangan kereta terpakai yang paling pesat berkembang myTukar Sdn Bhd telah memperkenalkan empat pusat pengalaman jualan bagi memudahkan proses pembelian dan penjualan kereta

Langkah ini dilihat telah mendigitalkan proses tradisional dimana  urusan jual-beli kereta lazimnya dibuat di pusat jualan namun kini, ia beralih kepada teknologi canggih.

Oleh itu, pengalaman para pelanggan telah ditingkatkan dengan penyelesaian yang berasaskan kepada perkhidmatan dan produk.



myTukar juga dikatakan membantu  pelanggan untuk menjual kereta mereka pada harga tinggi dengan mencari pembeli dan penjual di seluruh negara.

Tidak sekadar itu sahaja, syarikat berkenaan juga mempermudahkan proses pembelian kereta menerusi bilik pameran digital yang beroperasi 24 jam tujuh kali seminggu.

Bilik pameran canggih itu juga menawarkan perkhidmatan kewangan dan pakej selepas jualan.


Oleh itu, para pelanggan juga dapat berbual secara langsung dengan wakil jualan myTukar untuk sebarang pertanyaan.

Laman web itu turut  menyediakan paparan 360 darjah dari luaran dan dalaman bagi setiap kereta yang sedia ada di setiap lokasi cawangan selain turut memberikan pautan peta berhubung pusat jualan yang terlibat. 

Buat masa ini, myTukar mempunyai empat jenis pusat pengalaman jualan yang terdiri daripada Pusat Pengalaman Runcit myTukar, Pusat Pengalaman Penghantaran, Pusat Selepas Jualan dan Pusat Pemeriksaan.





“Konsep pusat jualan kami akan memberikan pengalaman jual beli kereta yang baharu terutamanya dengan pusat jualan  kami yang terletak di pusat beli-belah, "kata ketua pegawai eksekutifnya Fong Hon Sum.

Setiap Pusat Pengalaman Jualan dilengkapi dengan pelbagai komponen bermanfaat.

Bermula dengan Pusat Pengalaman Jualan myTukar yang terletak di beberapa pusat beli-belah utama seperti Paradigm Mall dan One Utama.

Malah, sebuah lagi pusat pengalaman jualan akan dibuka di Mid Valley.






Pusat pengalaman itu dikatakan menyediakan pengalaman yang terbaik  untuk pelanggannya.

Dalam pada itu, Pusat Pengalaman Jualan, Pusat Pengalaman Penghantaran, Pusat Selepas Jualan dan Pusat Pemeriksaan menyediakan perkhidmatan seperti pra-pinjaman, pandu uji, pemeriksaan, cukai jalan, perbaharui insurans, servis selepas jualan dan penyelenggaran.

Ia juga menyediakan pembaikan kereta berskala kecil, cuci kereta dan lain-lain lagi.




myTukar juga kini hadir dengan penampilan baharu dan pengalaman jualannya  kelihatan lebih premium.

Dengan myTukar, pelanggan menerima pelbagai faedah yseperti pengalaman secara offline dan dalam talian selain jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari dan juga jaminan kualiti.

Malah, myTukar juga memberi jaminan selepas jualan untuk setahun,  pra-saringan dan harga jual-beli yang tinggi.

myTukar yang kini boleh didapati di pusat beli-belah utama sekali gus bukan sahaja memberi kesenangan kepada pelanggan tetapi menyediakan pengalaman pembelian baharu.

Pelanggan boleh melayari pemandangan 360 darjah dari dalam dan luaran kereta dengan menggunakan tablet yang terdapat di kiosk myTukar.



Bagi perkhidmatan pembiayaan pra-saringan, ia boleh dibuat memandangkan CTOS boleh membantu untuk  memeriksa kelayakan kredit termasuk rancangan kewangan yang sesuai berdasarkan rekod CTOS.

Syarikat myTukar yang menjadi salah satu penjual paling bertanggungjawab kerana  ia menjual kenderaan berdasarkan bajet dan rekod kewangan pelanggannya.


Menjadi salah satu platform perdagangan kenderaan terpakai paling cepat berkembang di Malaysia, menyebabkan syarikat ini hanya menumpukan aspek digital.

myTukar kini berhasrat menjadi salah sebuah platform jual kereta paling dipercayai, telus, paling berkesan dan cekap.

Sungguh senang! Pemilik kereta kini boleh menjual kereta dengan hanya tiga langkah: buat temu janji pemeriksaan, lelongan secara langsung, terima tawaran dan bayaran dalam tempoh 24 jam.


Sebanyak 17 pusat pemeriksaan myTukar kini dibuka tujuh hari seminggu dan telah berjaya mengurus lebih 40,000 kereta dengan jumlah yang telah mencecah lebih RM1 bilion.

Pada Jun tahun lalu, myTukar yang telah bekerjasama dengan CapBay untuk melancarkan skim pembiayaan yang bernilai RM300 juta bagi memberi sokongan lebih kepada 2,100 rakan kongsi pengedar kereta terpakai di negara ini.

Untuk keterangan lanjut, layari mytukar.com atau kunjungi kiosk myTukar di Paradigm Mall dan One Utama!



Gallery

Tag:

mytukar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026