Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gojek Bakal Ke Arah Ekosistem Hijau

Suhana Veru

Kongsi melalui

Syarikat gergasi pembayaran dan e-hailing Indonesia, Gojek berhasrat untuk menjadikan setiap kereta dan motosikal yang menyertai platformnya sebagai kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.  

Syarikat itu secara rasminya mengumumkan rancangannya itu pada Jumaat lalu, dengan menyasarkan untuk mencapai Sifar  Pelepasan Karbon yang turut dinyatakan dalam laporan kemampanan tahunan yang pertamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Gojek,  Kevin Aluwi berkata, pihaknya menyasarkan  untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Langkah itu diambil bagi membolehkan kerajaan mengurangkan kos EV kira-kira 30 peratus, iaitu lebih rendah berbanding kenderaan yang menggunakan pembakaran enjin dalaman.

Namun disebabkan kelengkapan infrastruktur negara yang dilihat masih kurang, dimana Indonesia hanya mempunyai 100 stesen pengecas elektrik ketika ini sekali gus menyebabkan kos ekosistem elektrik itu dikatakan akan meningkat.

Oleh itu, Gojek akan menyokong pembangunan EV negara termasuk merancang untuk mengembangkan beberapa infrastruktur termasuk stesen pengecas dan pertukaran bateri.

Bagaimanapun kebimbangan utama golongan pemandu di sebalik peralihan penggunaan EV adalah melibatkan kuasa, infrastruktur dan kos tinggi.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, Gojek akan menerokai perjanjian pajakan melalui perkhidmatan kewangannya.


Malah, kerajaan Indonesia turut membantu Gojek untuk memeterai perjanjian dengan pembuat bateri dari China, Contemporary Amperex Technology Co Ltd (CATL) yang  membekalkan bateri EV.

“Kami menyedari bahawa pembangunan ekosistem EV ini melibatkan pelbagai perkara- yang bermula dari  bahan mentah sehingga pengeluaran bateri. 

“Ini adalah sesuatu yang memberangsangkan dimana kerajaan juga melihatnya ia merupakan sebahagian besar yang melibatkan masa depan Indonesia,” kata Kevin.

Di sebalik hala tuju teknologi hijau, Gojek juga telah melancarkan program untuk mengurangkan penggunaan plastikk sekali guna dalam penghantaran makanan.

Ia bertujuan untuk mencapai sasaran sifar sampah dan sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2030. 



Gallery

Tag:

Gojek
ride hailing
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026