Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Motor America menawarkan sesuatu yang istimewa dan menguntungkan bagi sesiapa yang menggunakan Hyundai Kona dan Ioniq Electric 2021. Mereka mengumumkan bahawa pengguna kedua-dua model kenderaan elektrik ini dapat menikmati khidmat pengecasan percuma sebanyak 250 kW/jam atau dalam sekitar 1,000 batu perjalanan! 


Pelanggan boleh mendapatkan pengecasan percuma ini melalui aplikasi telefon pintar, Electrify America. 

Ya, bukan di Malaysia.

Aplikasi ini lengkap dengan sistem navigasi yang menunjukkan lokasi-lokasi stesen Electrify America di mana pengguna dapat menikmati sesi pengecasan percuma. Bagi pemandu Kona Electric, masa yang diambil untuk mengecas sehingga 80 peratus adalah kurang daripada 1 jam apabila disambungkan kepada pengecas pantas DC 100 kW untuk mengisi tenaga pek bateri berkapasiti 64 kWj yang dimiliki model ini. Sementara itu Ioniq Electric pula memiliki pek bateri berkapasiti 38 kWj, mestilah lebih pantaskan?


"Pemilik Kona dan Ioniq kami dapat menikmati ketenangan apabila menempuhi perjalanan yang jauh  dengan adanya akses prabayar kepada jaringan pengecasan pantas nasional Electrify Amecia. Pengecas pantas DC Electrify America dapat memenuhi keupayaan pengecasan berkuasa tinggi (yang diperlukan) Kona dan Ioniq," ujar Timbalan Presiden Hyundai North America, Olabisi Boyle.  



Electrify America memiliki kira-kira 2,400 buah pengecas pantas di seluruh Amerika Syarikat.  Stesen-stesen ini terletak di sepanjang laluan utama dan juga di kawasan metro berdekatan pusat membeli-belah, bank dan kedai makan.  Setiap stesen dilengkapi dengan tiga ke 10 buah pengecas pantas DC supaya dapat mengecas lebih daripada satu kereta pada satu-satu masa.  



"Pemilik Kona dan Ioniq dapat mengakses jaringan pengecasan pantas kami yang mendapat penarafan nombor satu oleh umlaut Inc. dalam Charged Electric Vehicles Magazine dalam anugerah  “Best-in-Test” (Terbaik Berdasarkan Ujian) pada tahun 2020," kata pengarah Electrify America, Wayne Killen. 

Apa maksud pengecasan pantas atau ultrafast ni? 

Pengecas yang ditawarkan oleh Electrify America menggunakan teknologi yang mampu mengecas dengan kelajuan terpantas bagi kuasa daripada 150kW ke 350kW, bergantung kepada keupayaan kereta. 




Fakta penting tentang kedua-dua model kereta elektrik Hyundai ini

Hyundai Kona EV


Perjalanan sejauh 258 batu (EPA)

Pengecas onboard 7.2 kW 

Pengecas pantas DC 100 kW (0–80% dalam 54 minit)

Menggunakan pek bateri 64 kWj 

Kona Electric menggunakan pek bateri berkapasiti 64 kWj boleh dicas dengan menggunakan pengecas pantas DC 100 kW dalam masa hanya sekitar 54 minit dari 0-80 peratus. Kereta ini dilengkapi dengan pengecas on-board berkapasiti 7.2 kW. 

Hyundai Ioniq EV


Perjalanan sejauh 170 batu (EPA)

Pengecas onboard  7.2 kW 

Pengecas pantas DC 100 kW (0–80% dalam 54 minit)

Menggunakan pek bateri 38.3 kWj

Malaysia bila lagi?

Bukannya sikit! Dah boleh makan angin satu Malaysia tanpa perlu keluar belanja untuk tenaga kereta. Memang terbaiklah!

Namun begitu, kita hanya boleh mengharapkan sesuatu yang sama akan berlaku di Malaysia pada masa akan datang. Semoga kereta dengan teknologi elektrik di Malaysia akan mula berkembang dengan pesat di negara ini. 


Gallery

Tag:

Hyundai Kona Electric
Hyundai Motor America
Hyundai Ioniq Electric
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
Pandu Uji

Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!

Nak beli Hyundai Kona Elektrik, wajib baca 6 perkara ini dulu.

16-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.

06-04-2022
Video

Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas

29-11-2021
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Reka Bentuk Baharu SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric 2022

Hyundai telah mendedahkan reka bentuk baharu dan juga pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric

11-03-2021
Berita Auto

Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.

02-03-2021
EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025