- Berita
- Berita Auto
- Bila Kereta Antik Dimodenkan, Ini Hasilnya! PONY Retro-Moden Yang Unik!
Bila Kereta Antik Dimodenkan, Ini Hasilnya! PONY Retro-Moden Yang Unik!
Hyundai Motor Company telah mendedahkan kepada orang ramai model yang telah dibina semula, Heritage Series PONY dengan konsep retro-moden, berdasarkan model asal PONY yang dikeluarkan secara besar-besaran lebih daripada 45 tahun yang lalu.
Model rekaan semula ini dipamerkan di Hyundai Motorstudio Busan, Korea Selatan sebagai sebahagian daripada pameran ‘Reflections in Motion’ yang diadakan daripada 8 April hingga 27 Jun. Rekabentuk PONY yang dipamerkan ini diberikan sentuhan moden untuk menunjukkan ciri futuristik, bersesuaian dengan konsep retro-moden, memang unik!
![]()
"Pony ialah ikon mobiliti peribadi yang dihasilkan Hyundai ketika pengeluaran secara besar-besarannya yang diadakan antara tahun 1975 ke 1990. Kereta hatchback ini merupakan kereta pertama negara yang dikeluarkan secara besar-besaran dan dieksport (ke luar)," ujar pereka automobil terkenal, Giorgetto Giugiaro.
45 tahun kemudian, nilai evergreen kereta Pony yang original masih dapat dilihat pada Heritage Series Pony yang baharu.

Kereta Pony Yang Antik Pada Suatu Ketika Dulu
Pada bahagian luar, kereta diwarnakan dengan warna silver pusam (matte) dengan reka bentuk sebuah hatchback. Salah satu ciri unik yang ada pada rekaan ini ialah kedudukan cermin sisinya yang dipasang pada bahagian dapra kereta. Selain itu, ciri moden yang terdapat pada kereta adalah pemasangan lampu depan LED bulat berpiksel dan juga lampu belakang LED berbentuk U. Lampu LED ini menggambarkan rekaan ‘Pixel Road Trip’ syarikat yang dapat dilihat digunakan pada kereta konsep moden IONIQ 5 dan 45.
![]()
![]()
Memasuki ke bahagian dalamnya pula, dapat dilihat Hyundai menggunakan material premium pada bahagian pintu. Lengkap dengan sistem pencahayaan moden dan panel instrumen pengukur kelajuan. Di samping itu, ia memiliki transmisi sentuhan digital, ruang pemegang telefon dan juga stereng yang boleh diaktifkan dengan suara.
![]()
Pada bahagian but kereta, terdapat peranti mobiliti last-mile dalam kotak keluli tahan karat.
Pameran ‘Reflections in Motion’ yang diadakan di Hyundai Motorstudio Busan ini membawa pengunjung untuk melakukan eksplorasi hubungan interaktif antara masa, reka bentuk, teknologi dan penggayaan melalui pemasangan pelbagai ciri berbeza pada sesebuah model.
![]()
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv