Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Ikonik Renault Dengan Kerusi Boleh Lipat Jadi Katil Diperkenalkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Renault mendedahkan barisan baharu Trafic bagi versi Combi dan juga SpaceClass. Kedua-dua versi baharu ini dikeluarkan untuk tujuan berbeza yang mana Combi adalah bagi mengangkut ramai penumpang, manakala SpaceClass pula merupakan sebuah model eksklusif yang direka untuk membawa penumpang VIP yang menginginkan lebih keselesaan. 


"Renault memperkukuh DNA Trafik yang ikonik dengan lebih banyak reka bentuk, prestasi (lebih baik), keselamatan (lebih baik), bermula daripada kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang.  Trafic Combi dan SpaceClass yang baharu adalah lebih elegan dengan reka bentuk yang nampak lebih ekspresif, lengkap dengan sistem bantuan pemandu baharu dan juga pilihan enjin yang lebih luas.  Versi komersial Trafic yang baharu akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2021," ujar Pengarah Komersial Group Renault, Jean-Baptiste.


Pelbagai Pilihan Enjin

Model baharu daripada Renault ini ditawarkan dalam tiga jenis enjin diesel berbeza iaitu enjin Blue dCi 110 baharu (6MT), Blue dCi 150 (dengan transmisi versi EDC 6 kelajuan manual atau automatik) serta akhir sekali Blue dCi 170 yang ditawarkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan (EDC).


Tujuan Pengangkutan Yang Berbeza

Trafic Combi yang baharu sesuai untuk kegunaan keluarga yang besar dan syarikat yang menyediakan khidmat pengangkutan awam. Ia dapat memenuhi keperluan tempat duduk yang lebih modular, selesa, serta lengkap dengan ruang simpanan. Sementara itu, SpaceClass pula sesuai untuk kegunaan pelanggan VIP yang mencari sesuatu yang lebih versatile, dengan ruang dan keselesaan yang eksklusif. 



Ruang Dalaman

Selain itu, turut ditawarkan adalah kereta versi SpaceClass Signature yang didatangkan dengan upholsteri kulit dan kabin dalaman bergaya eksklusif. Rekaan dalamannya seolah-olah ruang tamu yang bergerak, cukup selesa. Lengkap dengan meja tengah yang boleh ditanggalkan.  Pengguna boleh mengeluarkan kesemua kerusi pusing yang disediakan untuk memuatkan sehingga lima orang yang duduk bertentangan antara satu sama lain.  


Kerusi Kepada Katil

Varian menarik lain ialah SpaceClass Escapade yang dihasilkan khas untuk tujuan rekreasi. Kerusinya boleh ditukarkan kepada katil yang berkepanjangan 1.90 meter. Meja yang boleh ditanggalkan bersama-sama dengan lampu bacaan tambahan di tepinya adalah gabungan yang sempurna untuk sebuah percutian yang mendamaikan jiwa dan serba lengkap.  

Lengkap Dengan Teknologi Canggih

Model baharu ini dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 8 inci dan juga pengecas induksi. Sistem sambungan yang digunakan juga cukup canggih melalui sistem multimedia latest Renault EASY LINK yang lengkap dengan kemudahan navigasi dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri Keselamatan Yang Menenangkan Fikiran

Ciri keselamatan kereta ini diperbaik dengan adanya sistem seperti kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan aktif, amaran keluar laluan, amaran trajektori tidak stabil dan amaran titik buta. Tamabahan baharu lain yang dibuat adalah pemasangan beg udara depan bagi perlindungan yang lebih optimum.  

Trafic Combi dan SpaceClass baharu sudah mula ditawarkan pada bulan ini kepada orang ramai. 


Gallery

Tag:

Renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

24-12-2025
EV

10-12-2025
EV

07-11-2025
Global

09-09-2025
EV

12-08-2025
Global

16-07-2025
Global

16-06-2025
Teknologi

18-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026