- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Dunia Makin Tinggi! Kerajaan Anggar RM4+ Bilion Bakal Dibelanjakan Untuk Kekal Harga Siling
Harga Minyak Dunia Makin Tinggi! Kerajaan Anggar RM4+ Bilion Bakal Dibelanjakan Untuk Kekal Harga Siling

Kerajaan menganggarkan bahawa tambahan sebanyak RM4.22 bilion akan dibelanjakan pada tahun ini sebagai usaha untuk mengekalkan harga siling yang ditetapkan bagi bahan api dalam menghadapi peningkatan harga minyak global. Situasi yang memerlukan peningkatan jumlah subsidi ini adalah membabitkan harga petrol RON 95 dan diesel, gas petroleum cecair (LPG) serta minyak masak.

Loji Penapis Minyak Terengganu
Harga siling yang telah ditetapkan untuk RON 95 adalah pada paras RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, kedua-dua bahan api ini telah mencapai harga siling sejak daripada 10 Februari lalu. Bagi LPG, berharga RM1.90/kg, manakala minyak pula kekal dari tahun 1997 pada RM2.50/kg.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, "Kerajaan bersedia menanggung kenaikan perbelanjaan subsidi ini untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutama peniaga kecil.

“Sejumlah RM3.78 bilion telah diperuntukkan untuk tahun 2021 tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, kerajaan menjangkakan subsidi tambahan meningkat sehingga RM8 bilion, di mana adalah lebih tinggi sebanyak RM4.22 bilion berbanding peruntukan asal,” tambahnya.

LPG
Dalam kenyataan yang sama beliau turut menerangkan bagaimana pada tahun 2019, sebanyak RM6.32 bilion telah dibelanjakan untuk subsidi. Namun jumlah ini berkurang kepada RM2.16 bilion pada tahun 2020. Pengurangan harga minyak yang mendadak ini adalah disebabkan "perang minyak" antara pengeluar minyak dunia sehingga menyebabkan harga minyak pada April tahun lepas jatuh serendah bawah US$20 (kira-kira RM82.30) satu tong.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv