Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bayaran Tempahan Diskaun RM200 Guna Platform Beli-belah Dalam Talian Hyundai!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan platform beli-belah dalam talian yang boleh diakses secara terus melalui laman web syarikat, hyundai.com.my

Disebabkan peningkatan kes Covid-19, orang ramai tidak berpeluang untuk mengunjungi bilik pameran kereta bagi melihat kenderaan yang ingin dibeli dengan lebih dekat. Namun, dengan kewujudan platform ini pengguna boleh membuat pencarian dan membeli kereta dengan santai dari rumah.  

"Kami ingin bantu memutuskan rantaian wabak Covid-19 dalam musim pandemik ini dan menggalakkan orang ramai untuk duduk di rumah, kami bawakan bilik pameran kepada pelanggan dengan tawaran pengalaman beli-belah dalam talian yang unik.  Platform beli-belah dalam talian kami ini mengandungi semua informasi yang diperlukan  untuk kesemua model supaya pembeli dapat membuat pilihan yang tepat," ujar Pengarah Pengurusan Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung.

"Kami memiliki beberapa buah platform interaktif sekiranya pelanggan memerlukan bantuan bagi mendapatkan lebih informasi. Hanya perlu menghubungi pegawai jualan kami (untuk mendapatkan maklumat). Selain itu, pelanggan boleh meninggalkan informasi mereka dengan mengisi borang maklumat; bercakap dengan kami melalui fungsi live chat atau hubungi talian khidmat pelanggan kami," tambahnya.




Di samping itu, platform beli-belah dalam talian ini juga membenarkan orang awam untuk menempah slot pandu uji dan membuat bayaran tempahan kenderaan yang ingin dimiliki. Bukan itu sahaja, bayaran untuk tempahan kereta yang dibuat melalui  Cl!ck To Buy  juga adalah RM200 lebih murah dengan hanya RM300 berbanding di bilik pameran dengan bayaran sebanyak RM500. 

Mereka yang berminat boleh mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan semua model yang  dijual daripada kereta sedan hinggalah SUV dengan menggunakan platform ini.  Fungsi menarik lain yang terdapat di  Cl!ck To Buy adalah anda boleh melakukan carian berdasarkan spesifikasi bagi setiap model. Selain itu, sebelum membuat bayaran tempahan, anda boleh memilih pengedar yang sesuai. Sistem yang mudah dan serba lengkap!


Tag:

Hyundai Sime Darby Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-08-2024
Pandu Uji

12-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Berita Auto

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

17-08-2021
Kereta Baru

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021
Berita Auto

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026