Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.

Namun melihat kepada lampu LED di bahagian belakang, kami di CariCarz.com menjangkakan ia mungkin SUV Hyundai Creta.

Gambar SUV yang digelapkan manakala kedua-dua lampu belakang bernyala itu disiarkan di halaman Facebook rasmi syarikat HSDM.


Nampak  macam saspen, tapi biasa je sebenarnya! 

Lagipun, ini merupakan kali kedua pembuat kereta dari Korea Selatan itu menyiarkan imej teaser selepas menyiarkan gambar kenderaan elektriknya, Ionic 6 pada tahun lalu.

Berbalik kepada gambar teaser itu, seperti biasa, tiada banyak maklumat yang diperoleh kecuali  reka bentuk lampu belakang yang bercahaya manakala siluet kereta tidak dapat dilihat dengan jelas. 


Apapun, kedua-dua butiran ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa bayangan badan tegap SUV ini adalah Hyundai Creta serba baharu walaupun HSDM masih berkunci mulut.

Sekadar info, Creta  dilancarkan secara global pada 2019 manakala Creta generasi kedua dibangunkan khas untuk pasaran Asia Tenggara dimana Indonesia menjadi negara ASEAN pertama yang secara rasmi memasangnya untuk pasaran serantau.


Ketika itu, Thailand menerima Creta yang dipasang dari Indonesia.

Ini bermakna kita pun bakal menerima spesifikasi yang sama seperti pasaran kereta jiran kita.

Betul ke?

Apapun kita tunggu kejutan HSDM nanti!

Mengimbas kembali sedikit mengenai pilihan SUV, tahukah anda, Hyundai Kona dilihat kekal sebagai 

sebagai pilihan SUV segmen B 'sebenar' dengan kelebihan sporty dan varian EV

Namun Creta berada di segmen SUV 'B-Plus' yang cukup  berkuasa selain bersedia untuk bersaing dengan Honda HR-V dan Proton X50 di pasaran tempatan.

Sebagai perbandingan, Creta berukuran 4,315mm panjang, yang menjadikannya 100 mm lebih panjang berbanding Kona iaitu 4,215mm.

Untuk makluman, Creta  dikenali sebagai SU2id dimana ia disumbat dengan enjin Smartstream 1.5 liter 4 silinder.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa  113 hp dan  tork 144 Nm serta dipadankan dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (iVT), iaitu transmisi CVT Hyundai yang menggunakan rantai bagi menggantikan tali sawat metalik.


Sedikit tekaan, Creta dilihat mempunyai siluet SUV berkotak yang tipikal,dengan beberapa petunjuk reka bentuk yang diperoleh daripada model Hyundai seperti mana adiknya, Palisade.

Luaran:

Menjengah bahagian hadapannya, Creta menampilkan reka bentuk jeriji berlatarkan yang sama seperti Palisade, diapit oleh DRL LED manakala  lampu sebenar dipasang pada bahagian bawah bampar.

Sementara itu, ia menggunakan rim aloi 17 inci.

Belakang:


Bahagian belakangnya pula, Creta memaparkan reka bentuk lampu belakang LED dimana ia hadir dengan gabungan yang sangat tersendiri iaitu dua komponen berasingan.


Seperti mana SUV lain, ia juga dengan pelapisan bawah badan berwarna hitam matte, serta beberapa plat skid berwarna perak disumbat di bahagian bawah bampar belakang.

Kabin:

Ia juga dilengkapi  skrin infotainmen 8.0-inci, paparan instrumen 10.25-inci, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi, pendingin hawa automatik dengan penghembus kabin belakang. 


Dikhabarkan dua varian paling tinggi diberikan lampu dalaman dan lampu suasana LED dan juga bumbung panaromik.

Ciri-Ciri Keselamatan:


Dari segi ciri-ciri keselamatan, terdapat enam-beg udara serta pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense dengan fungsi termasuk amaran buka pintu bagi mengelak sebarang kejadian perlanggaran.

Selain itu terdapat juga:'

Kawalan Kestabilan Elektronik 

Sistem Bantuan Termaju (ADAS)

Brek Kecemasan Autonomi

Laluan Kekal Lorong 

Bantuan Kekal Dalam Lorong

Pengesan Titik Buta 

Buat masa ini, HSDM masih belum mendedahkan sebarang info mengenai model ini baik tarikh bila pelancaran mahupun harga  atau tarikh untuk membuat tempahan.

Namun di Indonesia, Creta dijual pada harga 291.3 juta Rupiah hingga 408.3 juta Rupiah  (RM86,138 to RM120,736) manakala pasaran di Thailand pula dari  949,000 baht hingga 999,000 baht (RM121,804 - RM128,222).

Gallery

Tag:

Hyundai Creta SUV
Hyundai Creta Malaysia Teaser
Hyundai Sime Darby Motors
Hyundai Palisade
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.

28-04-2023
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.

11-06-2025
Berita Auto
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto
Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto
Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Berita Auto
Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

17-08-2021
Kereta Baru
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021
Berita Auto
Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!

Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.

12-07-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026