Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kebanyakan Jalan "Meriah" Pada Hari Pertama Total Lockdown!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pelik tapi benar! 

Pada hari pertama total lockdown semalam, suasana di sekitar ibu kota kelihatan cukup “aneh” apabila ribuan kenderaan membanjiri segenap jalan raya seawal pukul 7 pagi! 


Kata total lockdown, tetapi kenapa boleh jam teruk?

Itu persoalan rata-rata netizen di media sosial yang menyifatkan kesesakan lalu lintas itu tidak  sepatutnya berlaku ketika musim total lockdown fasa pertama bermula semalam.

Caricarz! difahamkan, kesesakan hanya berlaku berhampiran sekatan jalan raya (SJR) memandangkan pihak polis menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas setiap pemandu yang melalui beberapa jalan utama di sekitar ibu kota.


Bagi menjawab persoalan netizen itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakui kesesakan jalan raya berlaku dari pelbagai arah di sekitar ibu kota.

Hasil pemantauan  DBKL  juga mendapati aliran trafik agak perlahan dari Institut Jantung Negara  menuju ke Bulatan Pahang termasuk di sekitar Kuala Lumpur-Seremban.

“Kesesakan juga berlaku di sekitar stesen minyak Petronas dan Shell Technology Park Malaysia (TPM) yang menuju ke Plaza Tol Sungai Besi,” katanya di Twitter.

Sebaliknya, lain pula kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyifatkan purata pergerakan kenderaan kelihatan berkurangan sekurang-kurangnya 80 peratus semalam.


Beliau menegaskan, kesesakan lalu lintas seperti mana yang dilaporkan itu sebenarnya hanya  berlaku di sekitar SJR ketika orang ramai keluar untuk pergi ke tempat kerja.

Sementara itu, beberapa gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan suasana di Jalan Bukit Bintang kelihatan agak lengang manakala, hampir semua premis perniagaan ditutup.


Bagaimanapun, tahukah anda, jika anda tidak mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh, anda sebenarnya boleh dikenakan hukuman penjara  di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

Usahlah, kita jadikan undang-undang itu sebagai ‘push-factor’ untuk kita baru bertindak tetapi tanamlah sikap bertanggungjawab dalam diri! 

Apapun, sama-samalah kita berganding bahu untuk mengekang gejala Covid-19 dengan mengikut arahan pihak berkuasa.


Tag:

#PDRM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

14-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022
Berita Auto

PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.

05-11-2022
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022
Berita Auto

Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus

Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.

19-07-2025
Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025