Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Liat Bayar Saman Sebab Mahal? PDRM Kini Tawar Diskaun 50 Peratus

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada pesalah trafik yang simpan berkepuk resit saman trafik polis sampai beribu ringgit? 

Inilah masanya anda membayar semua saman tertunggak memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sampai 50 peratus .


Pengurangan kompaun saman trafik itu akan ditawarkan bermula esok (18 Jun) hingga 18 Julai ini.

Begitupun,  tawaran diskaun sehingga 50 peratus ini  hanya ditawarkan bagi saman tertentu sahaja.

“Diskaun ini tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus ini ketika musim lockdown.

Mudah sahaja sebenarnya!

Anda hanya perlu mendaftar melalui portal rasmi PDRM di https://mybayarsaman@rmp.gov.my atau bagi pengguna telefon bimbit,  anda juga boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery. 


Semua saman kini hanya boleh dibayar secara dalam talian.

Malah  sepanjang kempen itu berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19.

PDRM menawarkan diskaun sampai 50 peratus semata-mata untuk membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19.


Nampaknya, PDRM sudah cukup berhemah dengan kita, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bayar semua saman anda!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026