Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Koleksi Landspeed Rolls-Royce: Hanya Wujud 56 Unit! Kenapa Kereta Dalam Koleksi Ini Terlalu Unik?

Sofea Najmi

29-6-2021

Kongsi melalui

"Adalah sifat semula jadi manusia untuk ingin pergi jauh, lakukan dengan lebih, menjadi lebih signifikan daripada diri kita sendiri. Keinginan untuk memperluas pandangan dan membuat pencapaian terbaharu adalah naluri yang sudah terpahat di Rolls-Royce, sekali lagi, kami telah bertindak berdasarkan naluri ini dengan koleksi Landspeed.

 

"Koleksi ini merangkumi kedua-dua Wraith dan Dawn Black Badge, meraikan seorang insan yang berani, tiada rasa takut dan bersemangat perintis.  Nama beliau ialah Kapten George Eyston, lulusan Cambridge University, pelumba, pencipta yang berbakat dan seorang yang genius dalam bidang kejuruteraan.



Pada penghujung 1930-an, beliau telah memecahkan rekod kelajuan darat dunia sebanyak tiga kali dengan keretanya, Thunderbolt, yang dikuasakan oleh enjin aero V12 Rolls-Royce R.

"Dengan koleksi ini, kami telah menghidupkan kembali memori Eyston dengan menceritakan kisah beliau yang menakjubkan lagi sekali.  Melalui  Landspeed Wraith dan Dawn,  pelanggan dapat melihat elemen reka bentuk yang halus dan perincian naratif yang memperingati pencapaian, visi besar dan keberanian beliau yang luar biasa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös.

 

Selama lebih dari satu abad, Rolls-Royce telah dikenali dunia untuk rekod yang dipegang bagi perjalanan darat dan air. 

 

Selepas 80 tahun, di bawah koleksi Landspeed Wraith dan Dawn Black Badge, Rolls-Royce kembali ke masa lalu untuk melawati sejarah hero British, Kapten George Eyston dan kereta luar biasanya, Thunderbolt. 

 

George Eyston yang dilahirkan pada tahun 1897 ialah seorang peminat sukan perlumbaan seumur hidup. Walaupun masih berada di sekolah pada ketika itu, beliau telah pun bertanding dalam kedua-dua acara perlumbaan kereta dan motor. 

 

Ketika sedang mengambil ijazah kejuruteraan di Trinity College, Cambridge, cita-cita beliau diganggu oleh Perang Dunia. Ketika peperangan, beliau telah berkhidmat sebagai tentera dengan cemerlang dan dinaikkan pangkat sebagai kapten sebelum menerima anugerah Military Cross. 

 

Sebagai seorang pencipta yang mahir, Eyston menghabiskan masa daripada tahun 1920-an dan 1930-an membina dan membawa kereta lumba.Bukan itu sahaja, beliau juga ialah seorang pemegang paten untuk pelbagai hasil ciptaan terutamanya yang berkaitan dengan supercharging.

 

Beliau berjaya mencatat rekod 24 jam dan 48 jam daya tahan kelajuan baharu pada tahun 1935 selepas menjadi salah seorang daripada pelumba British yang melakukan perjalanan ke Bonneville Salt Flats di Utah, Amerika Syarikat. Ketika menerima Segrave Trophy, beliau telah dianugerahkan sebagai 'warga negara British yang menunjukkan Kemahiran, Keberanian dan Inisiatif yang Luar Biasa di Darat, Air dan di Udara.'

 

Dua tahun kemudian, Eyston kembali semula ke Flats dan berjaya mencatat tiga rekod kelajuan darat dunia dengan menggunakan Thunderbolt. Dilengkapi dengan tiga gandar, lapan roda dan memiliki berat mencecah tujuh tan, badan mesin yang pertama seumpamanya ini telah dibina daripada aluminium dan memiliki sirip ekor belakang  bersaiz besar yang berbentuk segitiga.

 

Eyston mencatatkan rekodnya di sebuah laluan sempit yang unik, Bonneville Salt Flats dengan jarak atau kepanjangan jalan sejauh 16 km dan berkelebaran sejauh 24 m. Laluan ini dikenali sebagai International Speedway.

 

Laluan ini sebenarnya sangat mencabar untuk dilalui dalam kelajuan yang tinggi kerana ketiadaan sebarang penanda dan agak silau.

 

"Laluan ini dicat dengan satu atau lebih garisan berwarna hitam di sepanjang perjalanan. Garisan ini bertindak sebagai panduan untuk mengelakkan pemandu daripada tersasar. Kesilapan hanya beberapa kaki ketika mengemudi boleh mendatangkan kesan yang buruk," ujar Eyston.  

 

Laluan yang digunakan telah dicat dengan warna hitam sebagai panduan bagi Eyston dalam perjalanannya.Dalam masa yang sama, beliau perlu mengekalkan kelajuan Thunderbolt lebih daripada 350 batu sejam (563.27 km/j).



Diilhamkan daripada kehidupan dan pencapaian Eyston yang menakjubkan, koleksi Rolls-Royce Landspeed adalah termasuk duo Collection Car yang didatangkan dalam kemasan dua tona, digabungkan dengan Black Diamond Metallic, serta warna Bespoke terbaharu yang dinamakan Bonneville Blue.


Warna ini direka khas bagi koleksi ini. Tahukah anda bahawa ini merupakan sejenis warna yang boleh berubah daripada biru kepada warna silver di bawah pancaran matahari? 

Secara mekanikalnya, Thunderbolt dikuasakan oleh enjin aero V12 37L berpengecas super Rolls-Royce R yang boleh menghamburkan kuasa sehingga lebih daripada 2,000 hp (1491.4 kW). 

 

Enjin Thunderbolt adalah sangat terhad kerana hanya 19 unit sahaja yang pernah dihasilkan. Bukan itu sahaja, enjin yang dicipta ini juga pernah digunakan oleh pesawat laut Supermarine S68 yang pernah memenangi  Schneider Trophy. 

 

Di mana semua ciptaan ini sekarang? Malangnya, kereta tersebut telah musnah dalam sebuah kebakaran pada tahun 1946 ketika disimpan di dalam sebuah ruang simpanan yang turut menyimpan sebanyak 27,000 gulungan benang. Walau bagaimanapun, dua buah enjin R Thunderbolt yang masih wujud kini dipamerkan di Royal Air Force Museum, Hendon dan Science Museum di London.

 

Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan koleksi yang didatangkan ini diilhamkan daripada Eyston dan Bonneville Salt Flats. Antaranya adalah balutan berwarna gelap yang berlubang yang terdapat pada bahagian tengah atas stereng. Sentuhan yang sama diberikan pada garisan di bahagian tengah tempat duduk pemandu.


Selain itu, venier kayu pada fascia dan juga penutup konsol koleksi Landspeed ini adalah menyerupai permukaan Bonneville Salt Flats.

Bergerak ke bahagian kabinnya, permukaan aluminum yang disadur pada bahagian depan koleksi ini juga diinpirasikan daripada bentuk unik Thunderbolt. Di samping itu, terdapat garis bentuk gunung-ganang Silver Island diukirkan pada bahagian atas 'air terjun' antara tempat duduk belakang.





Dikatakan bahawa rekod kelajuan darat akhir Eyston ialah  357.497 batu sejam (575.336 km/j) selama 341 hari. Sebagai penghormatan atas rekod yang dicapai ini, ukiran dengan nama 'Bonneville’ diletakkan pada perumah jam di bahagian papan pemuka kereta koleksi ini. 


Pada awalnya, Thunderbolt tidak dicat. Perkara ini menimbulkan isu kerana peralatan pemasa elektrik (photo-electric timing) pada ketika itu tidak dapat mengesan badan aluminium kereta yang berlatar belakangkan warna putih cerah Salt Flat.

Untuk menyelesaikan isu ini, Eyston mencadangkan untuk melukis sebuah anak panah besar berwarna hitam dengan bulatan kuning pada bahagian tepi.  Ini membantu meningkatkan penglihatan semasa berada pada kelajuan yang tinggi.  Isu yang berlaku ini menjadi inspirasi penggunaan warna hitam dan kuning di bahagian bampar koleksi Landspeed.


Jika dilihat pada reka bentuk jam kereta juga, terdapat kemasan berwarna hitam dan kuning. Warna yang sama digunakan pada bahagian luaran kereta.



Di sebelahnya  terdapat sebanyak 2,117 'bintang' gentian optik diletakkan pada Rolls-Royce Wraith Starlight Headliner sebagai penghormatan kepada gugusan bintang pada hari Eyston dan Thunderbolt mencatatkan rekod kelajuan darat terakhir dunia, 16 September, 1938. 




Antara anugerah yang dimenangi Eyston sepanjang hayatnya ialah Military Cross (MC) selepas berkhidmat dalam Perang Dunia pada tahun 1938, Chevalier of the Légion d’honneur, serta Order of the British Empire (OBE) pada tahun 1948.



Anugerah yang pernah diterimanya boleh dilihat diabadikan pada kedua-dua kereta koleksi Landspeed, Wraith dan Dawn iaitu pada bahagian pintu pemandu dan juga tempat letak tangan kedua-dua penumpang. 


Landspeed adalah sebuah koleksi yang cukup eksklusif kerana hanya 25 unit Rolls-Royce Dawn dan 35 unit Rolls-Royce Wraith ditawarkan kepada pelanggan.  

"Rolls-Royce telah disinonimkan dengan pengembaraan, keberanian dan (kebolehan untuk) melampaui jangkaan sepanjang sejarahnya. "Dengan visi, keberanian, keazaman dan pemikiran genius yang dimilikinya untuk inovasi dan ciptaan, George Eyston merangkumi banyak perkara yang menjadikan Rolls-Royce unik.  Kereta-kereta ini cukup sesuai (sebagai penghormatan kepada Eyston) dan merupakan satu penghormatan yang telah lama dinantikan untuk sebuah karakter yang banyak memberi inspirasi," tambah Müller-Ötvös.

Gallery

Tag:

ROLLS ROYCE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nampak Jahat: Tapi Bukan Sebarang Kereta

Rolls-Royce melancarkan Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection, baru-baru ini.

13-10-2023
EV

Tempah Sekarang, Dapat 2 Tahun Lagi

Ada sebabnya mengapa penghantaran Spectre lambat sangat.

23-05-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Global

Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...

Rolls-Royce Silver Shadow 1974 milik penyanyi legenda dunia, Freddie Mercury, bakal dilelong.

17-10-2022
Berita Auto

Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’

Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. Ini perincian rekaan menakjubkan kereta ini.

29-04-2022

Berita Terkini

Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025
Berita Auto

Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat

Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.

06-05-2025
Berita Auto

PDRM Perak Tawar Diskaun Saman 50%! Ini Infonya...

Orang ramai yang mempunyai saman trafik kini berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, menerusi inisiatif khas oleh PDRM.

06-05-2025
Berita Auto

Perodua Myvi & Yamaha 135LC Paling Kerap Kemalangan Tahun 2024

Dua model kenderaan paling popular di jalan raya Malaysia, Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 135LC, mencatatkan jumlah tuntutan insurans tertinggi.

06-05-2025
Berita Auto

Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.

05-05-2025