Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Masih Ramai Keliru SOP Lockdown!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mungkin ramai yang tidak tahu atau ‘buat-buat tidak tahu’ mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang fasa total lockdown ini!



Itu yang berlaku di kawasan Jempol, Negeri Sembilan apabila rata-rata pasangan jarak jauh (PJJ) membuat permohonan untuk merentas negeri dan daerah walaupun kerajaan telah mengumumkan sekatan perjalanan untuk PJJ sepanjang fasa lockdown.

“Setakat ini, pihak polis telah menolak sebanyak 267 permohonan rentas negeri dan daerah yang membabitkan permohonan PJJ,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook.


Susulan itu, pihaknya telah memperketatkan permohonan borang rentas daerah dan negeri. 

Setakat ini, pihak polis Jempol juga telah menolak 1437 permintaan untuk melakukan  rentas negeri  yang tidak dibenarkan mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya, selain isu rentas negeri dan daerah, pihak polis juga mendapati masih ramai yang keliru mengenai kapasiti dalam sebuah kenderaan.


Pihaknya juga terpaksa menolak permohonan kebenaran untuk menaiki lebih dua orang dalam satu kenderaan selain kebanyakannya juga menyerahkan dokumen tidak lengkap.

Hakikatnya, pelaksanaan total lockdown sejak 1 Jun lalu ternyata agak berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini memandangkan semua rakyat perlu berkorban!

Ada yang terpaksa tutup perniagaan, ada yang kena tutup kilang. Jadi, apa yang perlu dilakukan hari ini ialah semua rakyat perlu berkorban   demi melandaikan lengkuk kes baru Covid-19!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026