- Berita
- Berita Auto
- Muar Guna Bas Jadi PPV, Apa Kata Orang Ramai?

Dalam usaha bagi menyekat penularan wabak Covid-19, kerajaan telah mengatur pelbagai strategi bagi mempergiatkan dan mempercepat program vaksinasi rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang penggunaan bas bagi program vaksinasi di negeri Johor.
Menurut Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin, program dengan tujuan utama untuk memudahkan vaksinasi bagi golongan warga emas ini telah pun dimulakan daripada 9 Jun hingga 13 Jun semalam di Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam. Sesi yang kedua pula dimulakan daripada hari ini, 14 Jun, di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang hingga 23 Jun nanti.

“Warga emas yang akan menerima vaksin di PPV bergerak ini terdiri daripada mereka yang berdaftar dengan aplikasi MySejahtera dan telah mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 tetapi tempat tinggalnya jauh daripada PPV yang ditetapkan.
“Termasuk juga warga emas yang sebelum ini belum berdaftar, namun akhir Mei lepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar dengan kerjasama penghulu dan ketua kampung menolong mendaftarkan mereka sehingga mendapat tarikh janji temu di PPV bergerak ini,” ujarnya kepada pemberita.
Apa kata orang ramai?
Ramai orang memuji inisiatif yang dilakukan ini kerana ia sememangnya efektif untuk memudahkan orang ramai terutama sekali bagi golongan luar bandar atau warga emas yang menghadapi kekangan fizikal.
Di Twitter:
Di Facebook:

Berdasarkan kenyataan yang dibuat di Facebook Pejabat Daerah Muar, unit vaksinasi bergerak ini adalah hasil kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar dengan Pejabat Kesihatan Daerah Muar, disokong oleh Syarikat Bas Ekspress Mayang Sari.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv