Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Trak Pickup 6 Roda Yang Pertama Seumpamanya, Perkenalkan Mercedes X-Class 6-Wheeler!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Projek one-off, Mercedes X-Class ialah sebuah trak pickup dengan enam roda yang gagah dengan pakej luaran unik untuk dipandang!

Projek ini telah dikomisenkan oleh pengedar Netherland, Classic Youngtimers, pihak sama yang terlibat dalam penghasilan model versi off-road Bentley Continental GT, Lamborghini Gallardo dan Nissan GT-R. 

Walaupun X-Class yang asal gagal dalam pasaran di peringkat antarabangsa, model versi 6 roda ini telah berjaya dijual oleh Classic Youngtimers pada harga yang tidak didedahkan. 

Mercedes X-Class 6x6 yang diilhamkan daripada G63 AMG 6x6 ini diserlahkan lagi dengan cat berwarna emas. 

Untuk perincian binaannya, model asas yang digunakan ialah X-Class 350d dengan badan berwarna coklat dan kabin dalam tona hitam. Dari segi mekanikal pula, model ini menggunakan enjin V6 diesel  turbo  3.0L dengan kuasa output 254 hp.

Model ini kemudian melalui proses reformasi yang dilakukan oleh Carlex Design. Pertama sekali,  ia diubah dengan menggunakan subframe kustom yang memiliki gandar tambahan, ditinggikan sebanyak 4 inci dan lengkap dengan kit penggayaan pada sekitar trak.

Kit penggayaan ini adalah merangkumi satu set tayar off-road aloi kustom dan juga dapra yang berwarna hitam. Gabungan kesemua ciri ini membuatkan X-Class kelihatan lebar dan tampak gagah. 

Di bahagian depan pula, dapat dilihat ianya dilengkapi gril berwarna krom AMG GTR yang disesuaikan dengan riasan bampar rendah berwarna krom. 

Pada bahagian belakang, trak pickup ini menggunakan flatbed yang boleh dipanjangkan dan dicabut.  Ciri-ciri ini membuatkan X-Class 6x6 bukan sahaja sedap untuk dipandang tapi juga praktikal. 

Bergerak ke bahagian dalam kereta, ciri mewah yang terdapat pada model asas dikekalkan iaitu penggunaan  balutan kulit upholsteri  berwarna hitam, namun untuk menjadikan model ini unik, moniker '6-Wheeler' diletakkan pada papan pemuka. 

Walaupun model ini memiliki karakter dan dibina berasaskan sebuah model off-road, X-Class 6 Roda ini tidak mampu untuk melalui kawasan berpasir seperti model yang menjadi inspirasi rekaannya iaitu G63 AMG 6x6.

Namun begitu, trak ini masih lagi sebuah kenderaan yang lasak. Yang penting, gayanya yang unik semestinya akan menarik perhatian ramai. 

Gallery

Tag:

Mercedes X-Class
X-Class 6-Wheeler
X-Class
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026