Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Satu-Satunya Yang Masih 'Hidup' Selepas Aksi Ekstrem – Kereta Fast & Furious, Lykan HyperSport Dilelong!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Francais filem Fast and Furious yang terkenal dengan barisan kenderaan eksotik telah menyenaraikan salah sebuah kereta aksi mereka untuk dibida, Lykan HyperSport.


Kereta yang digunakan dalam filem yang ketujuh Fast and Furious dijangka dijual dalam lingkungan harga antara $750,000 (RM 3.08 million) ke $2.5 million (RM 10.2 million).





Lykan HyperSport dikeluarkan dalam unit terhad oleh pengeluar kereta W Motors, syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

 

Untuk tujuan jualan, sebanyak tujuh buah sahaja yang telah dihasilkan, menjadikannya antara model kereta paling unik yang wujud di dunia, manakala untuk filem Fast and Furious 7, sebanyak 10 buah telah dihasilkan khas.

 

Sepanjang perjalanan filem ini, beberapa buah kereta telah dimusnahkan.  Walau bagaimanapun, kesemua unit itu dihasilkan dengan menggunakan kerangka besi murah kecuali bahagian atas kereta yang menggunakan badan HyperSport.





Bagi kereta aksi dalam filem ini, hanya ciri dalaman kereta sahaja yang sama dengan model asal yang dikeluarkan.  Namun, trenkuasa  yang digunakan adalah tidak sama kerana kuasa yang lebih diperlukan bagi tujuan aksi dalam filem.


Kereta yang dilelong ini lengkap dengan enjin enam rata 2.7L yang boleh menghamburkan kuasa mencapai 240 hp pada output maksimum.


Enjin ini lebih 'jinak' berbanding unit yang digunakan dalam filem yang dilengkapi enjin enam rata turbo berkembar 3.7L yang dapat mencapai kuasa padu mencecah 769 hp pada output maksimum.


Ini digabungkan dengan transmisi manual berjujukan 6 kelajuan atau dwi-klac 7 kelajuan yang membolehkan ia mencapai kuasa maksimum 394 km/j.


Dari segi luarannya, rekaan kereta yang digunakan dalam filem adalah sama seperti yang dilelong.  Dari segi saiz, kereta ini berkepanjangan 4,480 mm, dengan kelebaran 1,944 mm, ketinggian 1,170 mm, dengan jarak antara roda bersaiz 2,625 mm dan memiliki berat mencecah 1,380 kg.


Sebagai sebuah kereta yang telah digunakan dalam filem yang padat dengan aksi lasak dan ekstrem, keadaan kereta ini tidaklah sesempurna sebuah kereta baharu.  Sebagai contoh, cermin sisi dan juga bahagian lain pada badan kereta terdapat kerosakan.


Di bahagian dalam, kereta ini tidak memiliki panel instrumen, dan paparan infotainmennya pula sudah rosak.


Dalam lelongan ini, pembeli Lykan HyperSport bukan sahaja akan menerima kereta ini tetapi juga token tidak boleh baur atau non-fungible token (NFT), sejenis aset digital atau mata wang kripto.

 

Bidaan kereta ini telah dimulakan pada 11 Mei yang lalu melalui laman web RubiX.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026