Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London. Tahukah  anda, ini merupakan tempat kedua di dalam dunia yang mempamerkan sebuah kereta mewah di dalam sebuah bar.

Bagaimanapun, inisiatif ini diambil sebenarnya sebagai persediaan pelancaran ruang istirahat orang kenamaan  mewah di bar itu, Supercar VIP Lounge yang akan diadakan pada bulan ini.



Kereta mewah itu dikatakan mampu memecut 2.9 saat dari 0 hingga 100 kilometer sejam dan mampu mencapai kelajuan maksimum pada 325 kilometer sejam.

“Kami melalui hari yang sangat mengujakan apatah lagi bakal melancarkan ruang terbaharu dan selepas beberapa minggu melakukan perancangan, kami akhirnya membuat keputusan untuk membawa masuk kereta mewah ini.

“Orang ramai kelihatan teruja apabila menyaksikan sebuah Lamborghini diangkat untuk di bawa masuk ke dalam bangunan menyebabkan ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video Lamborghini itu,” kata jurucakap The Hive, Matthew Dickinson.

Antara tetamu khas yang diundang ialah bekas penyampai Kejohanan Perlumbaan Drift Britain, Nathan Black yang akan berkongsi beberapa fakta mengenai kereta itu.




Sementara itu, Datuk Bandar Skegness, Trevor Burnham berkata, ia merupakan satu penghormatan kerana berpeluang menyertai sebuah majlis yang agak luar biasa.

“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila menyaksikan sebuah kereta eksotik dibawa masuk ketika bar itu dibuka pada Jun lalu,” katanya.

Selain pelancaran Supercar VIP Lounge, sebuah ruang yang dikenali sebagai Ice Bar Experience akan turut dibuka pada hujung bulan Julai tahun ini.

“Semuanya akan didedahkan pada bulan hadapan mengenai Supercar VIP Lounge tetapi apa yang saya boleh katakan ialah ia adalah satu tempat yang amat sempurna bagi mereka yang suka bergaya untuk menarik perhatian selain berpeluang mengambil gambar dengan kereta mewah ini.

“Pengunjung juga boleh meraikan sambutan istimewa atau ulang tahun kelahiran bersama Lamborghini ini,” tambah Matthew.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai majlis berprestij itu akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk keterangan lanjut mengenai The Hive, anda boleh layari Facebook dan Instagram syarikat itu!



Gallery

Tag:

lamborghini
Lamborghini Huracan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Melulu, Kereta Kena Sita

Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu.

31-07-2023
Global

Angkara Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk

Lamborghini yang baru dibeli terlibat dalam kemalangan.

10-11-2022
Berita Auto

LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini

Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Malaysian Book of Records dengan mengumpulkan sebanyak 112 kenderaan Lamborghini baru-baru ini.

13-06-2022
Berita Auto

Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?

Lamborghini rancang untuk menghasilkan dua kereta supersport jenis hibrid yang dikuasakan oleh e-bahan api

02-06-2022
Berita Auto

Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021

SUV itu adalah antara model paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.

11-02-2022
Berita Auto

Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.

09-09-2021
Berita Auto

Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali

Automobili Lamborghini yang prihatin dengan pekerjanya membuat keputusan luar biasa apabila ia melancarkan pusat vaksin untuk pekerjanya buat julung kalinya kelmarin.

25-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026