Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu Hyundai iaitu AD/MD Elantra, LF Sonata, TL/LM Tucson, DM Santa Fe dan TQ Starex. 


Walau bagaimanapun, tawaran ini bergantung kepada syarat tertentu iaitu jaminan pengilang yang telah tamat adalah tidak melebihi 8 tahun daripada tarikh pengilangan, serta memiliki jarak perjalanan tidak melebihi 300,000 km pada tahun kelima pembelian kereta.   

Program ini memiliki fungsi yang sama seperti jaminan yang diterima oleh kereta baharu namun ia perlu diperbaharui setiap tahun dan perlindungan hanyalah terhad bagi jarak perjalanan tidak melebihi 30,000 km dalam masa setahun. 

"Kebanyakan program jaminan lanjutan daripada sesebuah jenama kereta hanyalah ditawarkan oleh jenama kereta premium dan mewah, namun kami menawarkan program ini untuk kereta-kereta Hyundai kerana kami yakin dengan kualiti kenderaan yang dikeluarkan dan kami ingin membantu pelanggan mengekalkan kereta mereka lebih lama dengan perasaan lebih tenang," ujar Pengarah Pengurusan HSDM, Encik Low Yuan Lung.  


Jaminan lanjutan ini merangkumi komponen dalaman dan komponen utama sistem transmisi, termasuklah komponen elektrik lain pada bahagian enjin, transmisi, permotoran, dan bahagian modular kenderaan, dengan syarat pelanggan membuat pembaharuan tahunan berjumlah RM1,280. Bukan itu sahaja, jaminan ini turut merangkumi khidmat pembaikan dan pertukaran alat ganti secara percuma.  


Jumlah tuntutan keseluruhan yang ditetapkan adalah sebanyak RM 50,000, dengan had perlindungan bagi setiap tuntutan adalah terhad kepada RM 10,000. Namun, sekiranya barangan yang dituntut terbukti rosak, tuntukan boleh dilakukan sekali lagi. 

Selain itu, kesemua kenderaan yang berdaftar perlu memiliki rekod penyelenggaraan yang baik dengan pusat servis Hyundai. Dalam hal ini, pelanggan mestilah menghantar kereta ke pusat servis secara rutin berdasarkan jadual penyelenggaraan yang disyorkan oleh HSDM. 

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan di cawangan-cawangan Sime Darby Auto Hyundai (SDAH). Namun, program ini akan diperluas ke pusat servis lain di seluruh negara. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Jaminan Lanjutan Hyundai, anda boleh melayari hyundai.com.my


Tag:

Hyundai Sime Darby Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.

11-06-2025
Kereta Baru

Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.

11-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Berita Auto

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

17-08-2021
Kereta Baru

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021
Berita Auto

Bayaran Tempahan Diskaun RM200 Guna Platform Beli-belah Dalam Talian Hyundai!

Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan platform beli-belah dalam talian

08-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026